Juventus boleh menurunkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan Serie A menentang Spezia malam esok selepas mengesahkan penyerang itu telah bebas daripada COVID-19.
Sebelum ini, bintang Portugal itu terpaksa menjalani kuarantin selepas diuji positif virus berkenaan ketika menjalani tugasan antarabangsa awal bulan ini.
Ronaldo tidak pernah beraksi sejak Juve terikat 2-2 dengan AS Roma hujung bulan lalu dan dia turut terlepas perlawanan menentang Barcelona dan Lionel Messi dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Juventus berkata: "Cristiano Ronaldo telah menjalani ujian diagnostik (swab) COVID-19.
"Keputusan ujian itu negatif. Pemain itu sudah pulih selepas 19 hari dan tidak perlu lagi menjalani pengasingan di rumah."
Pemain berusia 35 tahun itu bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan menjelang perlawanan menetang Spezia, di mana Juve berhasrat untuk menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan di gelanggang lawan.
Ketua jurulatih, Andrea Pirlo, menegaskan bahawa tahap kecergasan Ronaldo perlu dipantau terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk kembali beraksi.
"Kami berharap dapat memantau tahap kecergasannya kerana ia bukan sesuatu yang mudah selepas beberapa hari tidak aktif," katanya dalam sidang media.
Skuad Bianconeri itu sudah beraksi sebanyak 14 perlawanan Serie A tanpa kapten Portugal itu sejak dia tiba daripada Real Madrid menjelang musim 2018-19.
Juve kini berada di tangga kelima selepas lima perlawanan hasil dua kemenangan dan tiga keputusan seri sejak Pirlo mengambil alih pasukan itu.
- StadiumAstro.com / Muzaffar Musa
Astro Arena
Sat Oct 31 2020
Cristiano Ronaldo telah menjalani ujian diagnostik (swab) COVID-19 dan keputusannya negatif. - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Ronaldo kekal di Al-Nassr sehingga tahun depan
Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran Al-Nassr untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun depan dan akan terus beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi itu.
Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.