ATLET bintang Cristiano Ronaldo adalah salah satu nama terbesar dalam dunia bola sepak yang mana ketika ini walaupun menginjak usia 39 tahun tetap mempamerkan persembahan kemas dan berkualiti tinggi di atas padang, membuktikan mengapa dia adalah yang terhebat sepanjang zaman, lapor Bolavip.

Dengan 33 gol dalam Liga Pro Saudi, CR7 hanya tinggal satu gol untuk mencipta rekod satu musim.

Selain itu, bintang Al Nassr itu juga akan dilihat bermain untuk Portugal dalam Liga Juara-Juara UEFA di Jerman.

Semasa temu bual di podcast Whoop, pemain legenda itu berkongsi pandangan tentang rancangan persaraannya, yang masih menjadi topik hangat di kalangan peminat bola sepaknya.

Dia berkata: "Saya berasa bangga kerana berada pada usia ini dan masih bersaing di peringkat tertinggi. Ia hebat, dan ia memberi saya motivasi untuk meneruskannya."

Tambahnya lagi, beliau berkata: "Motivasi terbesar saya adalah untuk meneruskan. Bukan mudah untuk berada pada tahap ini. Untuk tetap mendorong, untuk tetap memotivasikan, untuk meneruskan, untuk menjaringkan gol, untuk berada dalam keadaan yang baik, untuk bersaing dengan pemain muda yang akan datang dan apabila mereka bermain menentang saya, mereka mahu menunjukkan kepada saya bahawa mereka lebih kuat dan lebih pantas daripada saya."

Pemain Portugal itu telah menjaringkan 891 gol dalam kerjayanya hampir 20 tahun dan hanya kurang 9 gol untuk memasuki kelab 1,000 gol itu.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro