FULHAM terpaksa menunda perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturut-turut selepas sesi ujian koronavirus yang dijalankan mereka menunjukkan semakin banyak keputusan positif.
Premier League menunda perlawanan di antara Fulham dan Tottenham beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan itu pada Rabu lalu -- perkara yang mengecewakan Jose Mourinho -- selepas beberapa ahli pasukan kendalian Scott Parker itu didapati positif virus berkenaan.
Parker -- yang turut perlu menjalani pengasingan kendiri baru-baru ini -- mengesahkan pada Jumaat bahawa dia masih menjalankan persiapan bagi perlawanan menentang Burnley malam ini biarpun kehilangan sebahagian besar pemain.
Bagaimanapun, kunjungan ke Turf Moor itu kini dibatalkan sebagai menjadi satu lagi gangguan dalam perjalanan EPL musim ini dengan pihak penganjur itu berterusan menegaskan bahawa kejohanan itu akan tetap diteruskan meskipun tahap jangkitan di United Kingdom (UK) kian meningkat dan terdapat desas-desus untuk bola sepak di England direhatkan.
Dengan kebanyakan daerah di negara itu sedang menjalani perintah berkurung yang ketat, Premier League mengesahkan 18 pemain dan pegawai pasukan telah diuji positif sepanjang minggu ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Fulham berkata: "Berikutan pertambahan keputusan positif dalam ujian COVID-19 terbaru, kelab ini boleh mengesahkan bahawa perlawanan menentang Burnley pada Ahad ini ditunda selepas perbincangan bersama Premier League dan nasihat daripada pasukan perubatan.
"Mereka yang diuji positif sedang menjalani pengasingan kendiri, sejajar dengan panduan Kerajaan UK dan Premier League.
"Kebajikan pemain, staf dan keluarga mereka akan terus menjadi kepentingan utama dan kami mendoakan mereka yang diuji postif akan selamat dan cepat sihat."
Ia merupakan perlawanan EPL keempat ditunda disebabkan jangkitan koronavirus. Pada awal Disember lalu, perlawanan Newcastle United dan Aston Villa terpaksa dibatalkan manakala pada Isnin lalu, Manchester City memohon agar perlawanan mereka menentang Everton dianjakkan ke depan selepas tiga pemainnya diuji positif.
Bagaimanapun, skuad kendalian Pep Guardiola itu dibenarkan untuk kembali berlatih selepas tiada sebarang pertambahan kes positif dan perlawanan mereka menentang Chelsea esok akan berlangsung seperti yang dirancangkan.
Astro Arena
Sat Jan 02 2021
Berikutan pertambahan keputusan positif dalam ujian COVID-19 terbaru, Fulham mengesahkan perlawanan menentang Burnley pada Ahad ini ditunda. - Foto Astro ARENA
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
EPL: Sentuhan emas Zirkzee pastikan United buka langkah dengan kemenangan
United kelihatan berdepan permulaan mengecewakan awal pagi tadi sehingga penyerang terbaru mereka menampan masuk bola pada minit ke-87.
EPL: Liverpool kembali temui rentak kemenangan
Jurgen Klopp puji prestasi separuh masa kedua sempurna yang disajikan Liverpool selepas mereka memuktamadkan kemenangan 3-1 di Fulham.
EPL: Rodrigo Muniz wira Fulham kejutkan Tottenham
Kemenangan dalam aksi ini akan menyaksikan Spurs bimbingan Ange Postecoglou memintas Aston Villa.
Selepas Manchester United, Brighton muncul pasukan belasahan Fulham
Penyerang kelahiran Brazil itu meraih gol kelima selepas Harry Wilson membuka jaringan terlebih dahulu buat tuan rumah.
Mentaliti juara Liverpool atasi Fulham
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa ia bukan aksi terbaik The Reds.
Persembahan terburuk Arsenal - Arteta
Arsenal kini hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka dan ketinggalan dua mata di belakang Liverpool.
'Apa guna ada VAR?' - O'Neil bengang selepas Wolves tewas di Fulham
Willian berjaya menjaringkan sepakan penalti keduanya dalam perlawanan untuk memastikan tiga mata untuk Fulham.
Tottenham atasi tekanan hebat kembali ke puncak EPL
Jaringan Son Heung-min dan James Maddison mengesahkan tiga mata untuk tuan rumah di Stadium Tottenham Hotspur.
EPL: Mykhailo Mudryk, Armando Broja pastikan Chelsea ungguli aksi Derby London dengan Fulham
Mudryk membuka jaringan pada minit ke-18 sebelum Broja menggandakan kelebihan itu hanya berselang seminit.
EPL: Erling Haaland sumbat hatrik ketika Manchester City belasah Fulham
Penyerang prolifik Norway itu melengkapkan hari gemilang City selepas Fulham menuju ke bilik persalinan dalam suasana tegang.