KUALA LUMPUR:Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 18 hingga 24 Jan, 2021 di Auckland, New Zealand telah dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19, selain sekatan masuk dikenakan negara itu.
Keputusan itu dipersetujui bersama oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Badminton New Zealand dan juga penganjur, Auckland Tourism, Events and Economic Development (ATEED).
Setiausaha Agung BWF Thomas Lund dalam kenyataan hari ini berkata penangguhan itu tidak dapat dielakkan kerana situasi COVID-19 ketika ini dan memaklumkan bahawa New Zealand akan menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan pada edisi 2024.
"Tuan rumah untuk edisi berikutnya telah bersedia pada tahun 2021 (di China), dan ketidakpastian situasi COVID-19 yang dijangka akan berlanjutan hingga tahun depan, penangguhan bukanlah satu pilihan," kata beliau.
Pada awalnya, kejohanan tahunan itu sepatutnya diadakan pada bulan September 2020 tetapi BWF telah memutuskan untuk menangguhkan kejohanan berkenaan kepada Januari 2021 dengan mengambil kira situasi global wabak COVID-19.
Pada 2018, Majlis BWF telah memutuskan untuk memberikan hak penganjuran kejohanan berkenaan kepada China pada tahun 2021, Sepanyol (2022) dan Amerika Syarikat pada tahun 2023.
"Kami menghargai bahawa beberapa pemain remaja akan berusia 19 tahun pada tahun 2021 dan sayangnya mereka tidak dapat merasai pengalaman bermain dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF. Kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mengembangkan bakat sebagai atlet badminton dan mula menyertai kejohanan terbuka antarabangsa," tambah Lund.
Selepas Kejohanan Badminton Remaja Dunia, New Zealand dijadual akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Senior Dunia 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020
Penangguhan itu tidak dapat dielakkan kerana situasi COVID-19. - Gambar hiasan
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Beregu lelaki China raih juara Terbuka Malaysia 2024
Beregu lelaki China, Liang Wei Keng-Wang Chang meraih gelaran Terbuka Malaysia 2024 selepas mengecewakan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India hari ini.
Mampu lebih jauh jika ulangi prestasi di Masters Malaysia - Kai Wun
Kai Wun berkata walaupun ini adalah penampilan sulung mereka di Kejohanan Dunia, namun beregu di ranking ke-25 itu tidak mengalami tekanan.
Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bahawa calon jurulatih baharu yang bakal dipilihnya merupakan individu yang pernah menghasilkan 'sang juara' dalam kejohanan badmin
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke pusingan kedua
Gandingan nombor satu negara itu menumbangkan Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 21-19 dalam pertarungan selama 36 minit.
Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.
Tiada kelibat Zii Jia, Axelsen di Masters Malaysia
Berdasarkan jadual perlawanan terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), nama Zii Jia dan Axelsen tiada dalam senarai bertanding pada kejohanan tersebut.
Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.
Piala Sudirman: Wooi Yik tekad terus baiki sentuhan
Soh Wooi Yik berkata perubahan mula terasa sejak kejayaannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Nasib Terbuka Malaysia diketahui dalam tempoh 48 jam - Norza
Nasib kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada 25-30 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil akan diketahui dalam tempoh 48 jam.