KUALA LUMPUR: Nasib kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada 25-30 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil akan diketahui dalam tempoh 48 jam, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Beliau berkata BAM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung sama ada untuk meneruskan kejohanan itu berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kami masih berbincang, saya tahu perkara menjadi semakin rumit ketika ini kerana banyak perkara berlaku di luar kuasa kita, bukan sahaja isu peningkatan kes COVID-19 di sini tapi juga dihadapi oleh negara luar.
"Saya rasa kita akan mendapat petunjuk dalam masa 24 hingga 48 jam tetapi apapun begitu, kami akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan pemain diutamakan," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan antara BAM dan BP Healthcare Group di sini hari ini.
Mohamad Norza berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh BAM adalah berdasarkan kepada BWF kerana badan itu mempunyai peranan penting berkaitan kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo.
Terbuka Malaysia adalah kejohanan kedua terakhir sebelum Terbuka Singapura pada bulan depan, yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 7 hingga 20 Mei.
Mengenai kejayaan ratu terjun negara Pandelela Rinong di Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Jepun, Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berasa gembira dengan pencapaian atlet kelahiran Sarawak itu dan berharap Pandelela terus mengekalkan prestasinya sehingga Olimpik Tokyo, Julai ini.
Pandelela melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet terjun pertama negara memenangi pingat emas di Piala Dunia Terjun FINA selepas mengumpul 355.70 mata dalam acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik Tokyo, pada Rabu.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata MOM akan menilai semula pemilihan atlet memanah recurve negara Khairul Anuar Mohamad sebagai seorang daripada pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik Tokyo susulan beliau dikatakan berada dalam dilema kerana acara disertainya akan berlangsung pada hari sama dengan upacara pembukaan.
"Kita akan cari pengganti jika perlu, jika tidak, kita akan kekalkan dengan seorang lagi pembawa Jalur Gemilang iaitu pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying," katanya.
Mengenai majlis menandatangani perjanjian tajaan hari ini, Mohamad Norza berkata sokongan daripada BP Healthcare adalah tepat pada masa memandangkan mereka kini dalam peringkat terakhir persiapan ke Olimpik Tokyo.
Tajaan selama setahun bernilai RM5 juta itu membabitkan RM4 juta dalam bentuk tunai manakala baki RM1 juta lagi adalah perkhidmatan perubatan kepada pemain dan menerusi perjanjian itu juga logo BP Healthcare dipaparkan pada jersi pemain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021

Mohamad Norza berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh BAM adalah berdasarkan kepada BWF kerana badan itu mempunyai peranan penting berkaitan kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo. - Gambar fail/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.

Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.

Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.

Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.

Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.

Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama
Walaupun sebahagian besar wakil negara terpaksa berputih mata pada hari pembukaan Terbuka Malaysia 2025, tiga pasangan termasuk beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu lela

Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025
Nova berharap anak buahnya dapat membuktikan kelebihan mereka dan memberikan persembahan terbaik.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.