UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat

Semalam, sebanyak 73,000 jangkitan baru dan 388 kematian dilaporkan di negara itu.

Astro Arena
Fri Dec 03 2021
COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat
Canselor, Angela Merkel, dan bakal penggantinya, Olaf Scholz, termasuk pemimpin 16 negeri Jerman sebulat suara memperkenalkan semula langkah ketat pencegahan itu. - Foto Astro Arena
STADIUM yang membabitkan perlawanan Bundesliga dihadkan kepada 15,000 penonton mulai hujung minggu ini dalam usaha Kerajaan Jerman menangani peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini.

Semalam, sebanyak 73,000 jangkitan baru dan 388 kematian dilaporkan di negara itu dengan gelombang keempat penularan pandemik berkenaan mampu menjejaskan operasi unit rawatan rapi (ICU).
 
Canselor, Angela Merkel, dan bakal penggantinya, Olaf Scholz, termasuk pemimpin 16 negeri Jerman sebulat suara memperkenalkan semula langkah ketat pencegahan itu yang bertujuan mengehadkan penularan COVID-19.
 
Salah satu peraturannya ialah membabit perlawanan Bundesliga yang telah beroperasi dengan kapasiti hampir penuh musim ini apabila ia akan dihadkan kepada 50 peratus kehadiran dengan maksimum 15,000.
 
Pengenalan semula langkah itu bakal memberi impak kepada pertembungan 'Klassiker' di antara pendahulu, Bayern Munich, dan seteru ketat di tempat kedua, Borussia Dortmund, di Signal Iduna Park, Ahad ini, tatkala hanya satu mata memisahkan kedua-dua pasukan.

 
Ketua Liga Bolasepak Jerman (DFL), Christian Seifert, berkata badan induk itu memahami mengapa peraturan berkenaan dilaksanakan.

#COVID-19#Jerman#Bundesliga#gelombang keempat
Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM

Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat

Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat

Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan

DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan

Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang

598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi

AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi

Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi

Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara

Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas

Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas

Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.
Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa

Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa

[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa

Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19

Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza

Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19

Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam

Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000

Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024

Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun

Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari

Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco

Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.