PEMAIN Juventus, Douglas Costa, telah memohon maaf di atas tindakan buruknya sehingga dibuang padang sewaktu pasukannya menewaskan Sassuolo 2-1.
Dua jaringan Cristiano Ronaldo - yang merupakan gol pertama di pentas Serie A - memberikan kemenangan buat Juve di Stadium Allianz tetapi aksi buruk Costa di penghujung perlawanan pasti tidak akan dilupakan.
Pemain sayap itu menyiku dan menanduk Federico Di Francesco, sebelum meludah ke arah tonggak Sassuolo itu dan kini berdepan penggantungan perlawanan.
Melalui laman Instagram, dia menyatakan rasa tanggungjawab terhadap insiden itu.
"Saya mahu memohon maaf kepada semua penyokong Juventus di atas apa yang saya lakukan hari ini (semalam)," katanya.
"Saya juga meminta maaf kepada rakan sepasukan yang sentiasa bersama saya tidak kira bila-bila masa. Ia sesuatu yang buruk, saya sedar tentangnya dan meminta maaf kepada semua.
"Saya mahu menjelaskan bahawa aksi itu tidak berkaitan dengan apa yang telah saya lalui dalam karier."
Sementara itu, gol pertama Ronaldo hadir secara bernasib baik tetapi ia jelas mengurangkan beban yang ditanggung bekas tonggak Real Madrid itu.
Jaringan kedua Ronaldo lebih mirip kepada aksi kebiasaannya sebelum ini, apabila rembatannya melepasi jangkauan penjaga gol dan pemain berusia 33 tahun itu menggunakan laman Twitter untuk berkongsi kegembiraannya.
"Saya sangat gembira untuk meraih dua gol pertama bersama jersi Juve serta melibatkan diri dalam kemenangan penting buat pasukan," ujar Ronaldo.
Astro Arena
Mon Sep 17 2018
DOUGLAS COSTA: Saya juga meminta maaf kepada rakan sepasukan yang sentiasa bersama saya tidak kira bila-bila masa. - Instagram Douglas Costa
4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria
Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, Pulau Pinang.
#AWANInews
#AWANInews
Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.
#AWANIRingkas 11 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Januari 2025
1️⃣ Pengangguran: Data terkini DOSM
2️⃣ Banjir di Kota Tinggi, Johor
3️⃣ Dakwaan kemasukan warga China
#awaniringkas
1️⃣ Pengangguran: Data terkini DOSM
2️⃣ Banjir di Kota Tinggi, Johor
3️⃣ Dakwaan kemasukan warga China
#awaniringkas
Pulih dari serangan strok, Haerieyanto lebih hargai nikmat kesihatan
"Kalau dahulu saya bedal nak makan apa, saya hisap rokok tak ingat dunia, rehat tak cukup sehinggakan saya jatuh sakit."
Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.
Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC
Kerajaan Poland menerima pakai resolusi yang menjanjikan pegawai kanan Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bebas mengunjungi negara itu.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan.
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL), kata Anre Slot.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
Gabenor California, Gavin Newsom menjemput Presiden Amerika Syarikat terpilih, Donald Trump untuk melawat negeri itu, sambil menggesa beliau agar tidak "mempolitikkan" kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles.
David Luiz bukan kelemahan Arsenal - Lampard
Pertahanan Brazil itu hampir meninggalkan Arsenal selepas memaparkan aksi buruk ketika tewas 0-3 kepada Manchester City dalam EPL Jun lalu.
Costa mohon maaf melalui Instagram
Pemain sayap itu menyiku dan menanduk Federico Di Francesco, sebelum meludah ke arah tonggak Sassuolo itu dan kini berdepan penggantungan perlawanan.