Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menyertai empat Kejohanan Siri Super dan Premier bagi mengukuhkan kedudukannya selaku pemain nombor satu dunia.
Empat kejohanan tersebut adalah Siri Super Premier Terbuka Denmark dari 18-23 Okt ini, Siri Super Terbuka Perancis (25-30 Okt), Siri Super Premier Terbuka China (15-20 Nov) dan Siri Super Terbuka Hong Kong dari 22 hingga 27 Nov ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu mengakui walaupun berdepan dengan jadual kejohanan yang padat, beliau yakin ia tidak akan menjejaskan sasarannya untuk meraih keputusan positif dalam empat kejohanan tersebut.
"Selepas menjuarai Siri Super Terbuka Jepun bulan lepas, saya tidak menyertai Siri Super Terbuka Korea dan balik ke tanah air untuk latihan intensif selama tiga minggu dan ia membantu saya untuk meningkatkan kecergasan.
"Dua pemain utama China, Lin Dan dan Chen Long dikatakan tidak menyertai Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis tapi bagi saya masih fokus kepada persiapan diri sendiri," kata Chong Wei.
Dalam perkembangan sama, beliau tidak bimbang dengan kebangkitan ditunjukkan dua pemain muda China, Qiao Bin, 23, dan Shi Yuqi, 20, yang mengejutkan beberapa pemain ternama dunia dalam beberapa kejohanan sebelum ini.
Chong Wei, sebaliknya menegaskan kehadiran dua pemain berkenaan membakar semangatnya untuk meneruskan rentak cemerlang dalam mana-mana kejohanan disertainya.
Untuk rekod, Chong Wei menewaskan Qiao Bin 21-8, 21-16 pada pusingan kedua Terbuka Jepun sebelum menundukkan Shi Yuqi 21-12, 21-12 pada aksi suku akhir.
"Saya tahu saya kena berjaga-jaga apabila berdepan dua pemain ini kerana bagi saya tidak akan rugi apa-apa..saya tak kisah sekiranya jumpa dua pemain ini (sekali lagi) kerana saya sudah melakukan persiapan rapi," katanya.
Qian Bin mencipta kejutan selepas meraih gelaran sulung peringkat senior susulan kejayaan menjuarai Terbuka Korea menerusi kemenangan 21-11, 21-23 dan 21-7 ke atas pemain utama Korea Selatan, Son Wan Ho pada aksi final perseorangan lelaki, Ahad lepas.
Terdahulu, Chong Wei ditemui pemberita selepas majlis pemakaian pangkat kepada 41 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM (PSSTLDM) di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Chong Wei daripada Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM kepada Komander Kehormat di atas pencapaian cemerlang atlet berkenaan dalam sukan badminton.
Bernama
Thu Oct 06 2016
Lee Chong Wei (gambar) akan menyertai empat Kejohanan Siri Super dan Premier bagi mengukuhkan kedudukannya selaku pemain nombor satu dunia. -Gambar fail
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Kes bunuh pelajar vokasional: Rakan lihat kesan calar, lebam pada badan mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat kesan calar dan lebam pada belakang badan rakannya yang ditemukan mati pada 22 Mac lepas.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Chong Wei sah sertai empat kejohanan Siri Super, Premier
Chong Wei yakin jadual padat itu tidak akan menjejaskan sasarannya untuk meraih keputusan positif dalam empat kejohanan tersebut.