Malaysia masih memerlukan khidmat jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata perancangan skuad badminton negara adalah ke arah menyediakan pasukan pelapis baru, namun khidmat Chong Wei masih diperlukan.
"Walaupun Chong Wei telah memaklumkan bahawa ini peluang terakhir beliau untuk beraksi dalam Piala Thomas tetapi saya yakin dan percaya beliau masih boleh menjadi pemain yang hebat pada 2018 nanti.
"Pada usia 34 atau 35 tahun, Chong Wei mungkin boleh turun sebagai pemain perseorangan ketiga, sebagai percaturan taktikal negara pada kejohanan Piala Thomas 2018 nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan FitMalaysia peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
BACA: Isu kekuatan mental, kecergasan 'serang' skuad negara
Namun, beliau berkata segala perancangan itu terpulang kepada Chong Wei, akan tetapi yang pasti adalah Malaysia sudah tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya dengan generasi pemain badminton ini.
Khairy berkata, ini adalah Piala Thomas yang terakhir bagi beberapa pemain negara antaranya Chong Wei Feng, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.
"Skuad badminton akan melalui peralihan generasi dan berdasarkan skuad ketika ini, saya lihat yang masih boleh bermain pada masa akan datang ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata, prestasi pasukan Malaysia dalam kejohanan kali ini boleh dianggap sebagai baik kerana sudah mencapai sasaran untuk layak ke separuh akhir tetapi agak mengecewakan adalah kekalahan kepada Denmark selepas mendahului dua kosong.
"Kita harus mengakui bahawa Denmark merupakan pasukan pilihan kedua dalam kejohanan dan merupakan satu pasukan yang kuat. Bagaimanapun, kita dapat beberapa keputusan cemerlang termasuk menang dua perlawanan awal serta menewaskan pasukan pilihan ketiga Korea Selatan.
"Bagi saya, pencapaian kita agak baik kerana skuad negara bukan antara empat pasukan pilihan dalam kejohanan Piala Thomas kali ini," katanya.
Terdahulu, lebih 12,000 orang menyertai program FitMalaysia Pulau Pinang yang terdiri daripada larian lima kilometer, larian 10km dan kayuhan basikal 10km dan 30km.
Bernama
Sun May 22 2016
![Chong Wei, khidmat kamu masih diperlukan negara hadapi Piala Thomas 2018 - Khairy Chong Wei, khidmat kamu masih diperlukan negara hadapi Piala Thomas 2018 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463894765_LeeChongWei.jpg)
Chong Wei dengan aksi signaturnya selepas beliau memenangi pusingan kelayakan Piala Thomas menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen pada 20 Mei, 2016. - FotoBERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689475529_TBBBandarSeriBegaw.jpg)
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
![PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718027008_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.
![Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716462353_tbPialaDuniaSepak.jpg)
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.
![Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716242510_TBSepakTakraw.jpg)
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
![Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712468993_puteramateen.jpg)
Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah
Pasangan Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha Rosnah sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan.
![Tiada syarikat dilantik untuk projek Kereta Api Trans-Borneo - Kerajaan Brunei Tiada syarikat dilantik untuk projek Kereta Api Trans-Borneo - Kerajaan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712304806_BandarSeriBegawan.jpg)
Tiada syarikat dilantik untuk projek Kereta Api Trans-Borneo - Kerajaan Brunei
Kerajaan Brunei tidak ada menawarkan atau melantik sebarang syarikat tempatan atau antarabangsa untuk melaksanakan projek Kereta Api Trans-Borneo.
![Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712227170_MTIC.jpg)
Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway
![Projek Trans Borneo dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat - RHB Investment Projek Trans Borneo dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat - RHB Investment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711948940_KeretaApijpg.jpg)
Projek Trans Borneo dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat - RHB Investment
RHB Investment Bank menjangkakan pelancaran Projek Kereta Api Trans Borneo tidak akan berlaku serta-merta kerana ia memerlukan persetujuan ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.