Pemain perseorangan badminton utama negara Lee Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan kejuaraan kesembilan Siri Super Terbuka Malaysia menjelang aksi final pada Ahad.
Sebaliknya beliau lebih fokus kepada peningkatan lawan yang bakal dihadapinya iaitu Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia.
Menurut Chong Wei, Sony mempamer banyak peningkatan sejak pulih dari kecederaan baru-baru ini.
Sony melakar kejutan dengan menewaskan pilihan kedua Kenichi Tago untuk menempah tempat di perlawanan akhir.
"Saya sudah lama tidak bertemu Sony. Dia mempamerkan peningkatan selepas pulih dari kecederaan tetapi saya ingin memberi tumpuan ke atas permainan sendiri dan juga corak permainan lawan," kata Chong Wei.
"Saya sempat melihat aksinya menentang Kenichi Tago dan ianya amat sengit," jelas Chong Wei selepas pertarungan tiga set dalam satu lagi aksi separuh akhir menentang pemain Denmark Jan O Jorgensen.
Chong Wei menang 21-13,17-21, 21-12 dalam perlawanan tersebut.
Andai mampu mengekalkan rentak, Chong Wei bakal memperoleh gelaran keduanya tahun ini selepas menjuarai Terbuka Korea minggu lalu.
Sementara itu, Jorgensen berpuas hati dengan prestasi keseluruhannya dalam saingan Terbuka Malaysia kali ini.
Lantas dia mahu menggunakan pengalaman ini bagi meningkatkan lagi rentak permainan, sambil mengakui masih sukar untuk mengekalkan tahap tertinggi berdepan pemain utama seperti Chong Wei.
Syamil Izwan Azizan
Sat Jan 19 2013
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Chong Wei fokus untuk final Terbuka Malaysia
Pemain perseorangan utama negara Lee Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan kejuaraan kesembilan Siri Super Terbuka Malaysia.