KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali, Datuk Lee Chong Wei percaya bahawa Mohd Azizulhasni Awang berada pada landasan yang betul dalam mengejar kejayaan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik, maka beliau tidak seharusnya diberikan sebarang tekanan.
Chong Wei berkata pelumba basikal elit kebangsaan itu mempunyai prospek meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Namun, Chong Wei yang hampir memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia berkata, pelbagai cabaran tetap ada dalam misi Malaysia memburu kejayaan itu.
"Saya tahu apa yang Azizul mahukan (pingat emas) di Tokyo. Saya yakin beliau mempunyai keyakinan tinggi setelah berjaya dalam kejohanan di Australia, baru-baru ini.
"Sebagai bekas atlet, saya amat memahami perasaan beliau sekarang ini. Oleh itu, saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepada Azizul dan saya berdoa agar beliau melakukan yang terbaik di Tokyo nanti, " kata Chong Wei kepada Bernama baru-baru ini.
Azizulhasni meraih dua pingat perak dalam acara pecut dan keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia, hujung minggu lepas.
Bekas juara dunia berusia 33 tahun itu mengalahkan seorang lagi pelumba basikal trek negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom untuk merangkul kejuaraan dalam acara pecut final lelak pada Kejohanan Trek Victoria Elite, Februari lepas.
Azizulhasni, yang juga dikenal dengan julukan 'The Pocket Rocketman', berjaya melayakkan dirinya dalam acara kegemarannya keirin dan acara pecut individu ke Sukan Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos.
Sementara itu, Chong Wei yang juga Chef-de-Mission (CDM) kontinjen Malaysia Sukan Olimpik Tokyo 2020, menyifatkan Sukan Olimpik pada tahun ini sangat luar biasa kerana ia diadakan di ketika dunia masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19.
"Ini adalah masa yang mencabar untuk semua dan saya harap para atlet berada dalam keadaan yang sihat. Saya juga harap COVID-19 akan cepat berakhir dan berdoa agar semuanya kembali normal," tambahnya.
Legenda badminton negara itu juga gembira melihat semua urusan persiapan menghadapi acara sukan terbesar di dunia itu, berjalan lancar.
Beliau juga berharap agar atlet tidak mengalami sebarang kecederaan menjelang pertandingan, yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021

Menurut Chong Wei, sebagai bekas atlet, beliau amat memahami perasaan Azizulhasni sekarang ini. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.