KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 pada 5 Mac ini.
Pengendali berusia 52 tahun itu menyifatkan situasi tersebut akan membantu pemain tampil lebih cergas sebelum menghadirkan diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan yang dijangka bermula 22 Mac depan.
"Jika liga ditangguhkan dan pemain yang terpilih terus sertai kem latihan, saya rasa sukar untuk menyediakan pemain dengan latihan yang bercorak taktikal, malah boleh mengundang kecederaan serius dalam kalangan pemain.
"Jika situasi itu terjadi, bukan sahaja skuad kebangsaan sahaja yang rugi tetapi kelab juga jika pemain cedera kerana latihan bercorak taktikal ini menuntut intensiti yang tinggi," katanya dalam kenyataan dikeluarkan MFL pada Khamis.
Pada masa sama, beliau menyambut baik keputusan MFL untuk tidak menangguhkan Liga-M ke tarikh yang lain kerana ia membantunya menilai pemain-pemain yang mahu dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya.
Sementara itu, beliau sedia membuka ruang sekiranya terdapat pemain yang menyerlah dalam lima perlawanan awal liga, namun semuanya bergantung terhadap kualiti dimiliki pemain berkenaan.
"Seperti biasa, kami akan memantau sebarang perkembangan terhadap mana-mana pemain walaupun saya rasakan kita tidak boleh menilai 100 peratus kualiti yang ada pemain tersebut dalam lima perlawanan sahaja.
"Kami akan dapatkan gambaran terhadap pemain yang perlu diserapkan dalam pasukan nanti serta menilai secara keseluruhan sebelum dipanggil sertai pasukan kebangsaan," katanya.
Berdasarkan kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), tempoh 22-30 Mac merupakan ruang untuk pasukan negara mengadakan aksi persahabatan dan situasi itu mahu diambil skuad kebangsaan untuk mengadakan latihan pusat.
Kali terakhir pemain negara dapat berkumpul mengadakan latihan bersama ialah pada November 2019, dan mereka kini masih dalam misi untuk layak ke Piala Asia menjelang pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara karnival pada Jun depan.
Liga-M 2021 yang membuka tirai pada 5 Mac ini akan menyaksikan pertembungan antara juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.

Irfan Bakti dilantik ketua jurulatih Kelantan Red Warrior
Irfan Bakti dilantik berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap keperluan dan visi kelab Pantai Timur itu.

Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.

Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM
PENGENDALI kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 diingatkan supaya memperbaharui lesen jurulatih masing-masing segera.

Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.

Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Bersuara demi bola sepak negara - TMJ
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.

Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi
Pasukan Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik.

Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.