Bintang skuad kebangsaan Thailand yang mencipta tarikan luar biasa kerana rupa dan bakatnya, Charyl Yannic Chappuis dilaporkan sedang mengintai peluang untuk kembali beraksi di Eropah, lapor portal berita ChannelNewsAsia.com.
"Saya dilahirkan di Switzerland dan pernah bermain untuk pasukan kebangsaan negara itu sehingga berusia 21 tahun. Sekarang saya bangga bermain untuk Thailnad. Tapi, tentunya salah satu impian saya adalah untuk bermain di Eropah.
“Saya ingin bermain untuk Barcelona, tapi saya rasa ia agak mustahil. Saya mungkin memikirkan tentang Bundesliga, saya meminati liga Jerman maka saya mengimpikan untuk beraksi di sana,” ujarnya.
Namun buat masa ini, Chappuis menangguhkan dahulu cita-citanya untuk ke Eropah. Kontraknya sepanjang tahun 2015 adalah bersama kelab bola sepak Thailand, Suphanburi FC.
Pemain itu telah menerima ramai pengikut dan peminat sejak berpindah ke Thailand untuk menyarung jersi kebangsaan negara itu sejak dua tahun lalu.
Sejak kempen Piala AFF Suzuki 2014 bermula, taburan peminat Chappuis berkembang di serata Asia Tenggara dan sehingga kini dia mempunyai lebih 300,000 pengikut di akaun Instagramnya.
Di Malaysia, penampilan Chappuis mendapat perhatian ramai warga tempatan yang terpesona dengan rupanya yang dikatakan layak untuk menjadi model atau bintang lakonan.
Pemain berusia 22 tahun itu berkata dia mahu dikenali kerana bakatnya.
“Lebih penting, saya mahu mereka meminati saya kerana bakat saya dalam sukan bola sepak, bukan kerana rupa saya. Bagus juga kalau mereka meminati penampilan saya, tapi pada akhirnya, saya ingin menunjukkan bakat saya kepada semua orang,” katanya.
Astro Awani
Sat Dec 20 2014
![Chappuis sedar jadi perhatian kerana rupa, mahu peminat nilai bakatnya dahulu Chappuis sedar jadi perhatian kerana rupa, mahu peminat nilai bakatnya dahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/71419065039_295x200.jpg)
Chappuis mahu para peminat menilai bakatnya dalam sukan bola sepak terlebih dahulu sebelum menyukai rupa dan penampilannya. - Gambar AP
![Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721195863_lapanrumahmusnah.jpg)
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693632996_EmmanuelMacron.png)
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
![Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721191154_GrandHyattErawanh.jpg)
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
![Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721191129_DzulkeflyAhmad.jpg)
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.