PRESIDEN Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang dilantik semula, Aleksander Ceferin, menempelak hasrat untuk menghidupkan kembali idea Liga Super Eropah serta membidas pengkritik Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ceferin menyandang jawatan itu sejak dipilih pada 2016 dan kini akan kekal hingga sekurang-kurangnya sehingga 2027 selepas sah menang tanpa bertanding.
Dalam penggal terdahulu, warga Slovenia itu perlu menangani ancaman awal Liga Super Eropah pada April 2021.
Walaupun usaha itu berhasil dipatahkan selepas beberapa pasukan menarik diri di celah-celah bantahan peminat, kelab berprofil tinggi -- khususnya Barcelona, Real Madrid dan Juventus -- terus menyokong cadangan format 80 pasukan tahun ini.
Bagaimanapun, ketika berucap dalam kongres UEFA di Lisbon awal pagi tadi, Ceferin menawarkan penilaian yang sangat berbeza terhadap projek itu.
“Mereka yang mempromosikan projek itu kini berkata mahu menyelamatkan bola sepak,” katanya.
"Ia adalah satu usaha yang baik, tiada siapa yang pernah mati akibat berasa malu. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Liga Super telah bertukar menjadi watak dalam Little Red Riding Hood: iaitu seekor serigala yang menyamar sebagai nenek yang bersedia untuk membaham anda.
"Namun, tiada siapa yang tertipu. Ini kerana kami di sini mempunyai dua pandangan yang bertentangan.
Mereka mempunyai sikap sinis terhadap moral. Mereka mementingkan diri berbanding perpaduan. Mereka mempunyai ketamakan mengatasi kebajikan.
"Mereka tidak menerima pandangan pihak lain. Mereka pentingkan diri sendiri berbanding kebahagian orang lain. Ini satu pembohongan yang memalukan terhadap kebenaran. Mereka memilih menjadi pewaris berbanding pembina. Kartel mengatasi meritokrasi dan demokrasi. Harga saham mereka itu sendiri mengatasi merit sukan. Mereka mencari keuntungan berbanding memburu trofi.
"Sekiranya ada sesuatu yang tidak boleh kita lupakan dan tidak dapat dilupakan oleh sesiapa pun, 'bola sepak adalah dan akan sentiasa kekal sebagai sukan rakyat'."
Sementara itu, Caferin tidak bersetuju dengan pendapat Presiden LaLiga, Javier Tebas, bahawa kelab EPL dipengaruhi elemen kewangan semata-mata dengan melabelnya sebagai punca ketidakseimbangan ekonomi dalam bola sepak Eropah.
"Cemburu adalah penasihat yang tidak baik," katanya lagi.
“Sebelum ini UEFA yang menerima kritikan, kini nampaknya EPL pula yang difitnah dan harus ditumbangkan.
"EPL dicipta melalui sistem kesaksamaan dan perpaduan antara kelabnya. Berbanding dianggap sebagai satu model untuk dimusnahkan, ia sepatutnya menjadi model untuk ditiru," katanya lagi. - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Apr 06 2023

Ceferin menyandang jawatan itu sejak dipilih pada 2016 dan kini akan kekal hingga sekurang-kurangnya sehingga 2027 selepas sah menang tanpa bertanding.- Stadium Astro

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Ceferin label Liga Super Eropah sebagai kartel bola sepak
Presiden UEFA Aleksander Ceferin, menempelak hasrat untuk menghidupkan kembali idea Liga Super Eropah serta membidas pengkritik Liga Perdana Inggeris (EPL).