LYON 2 PSG 4
Kylian Mbappe menjelaskan bahawa dia masih jauh untuk mencapai kemuncak prestasi selepas meledak jaringan ke-100 dalam Ligue 1 ketika Paris Saint-Germain (PSG) unggul dengan kemenangan 4-2 di Lyon, awal pagi tadi.
Mbappe membuka akaun jaringan sebelum melengkapkan kemenangan PSG untuk memanfaatkan kekalahan tuan rumah, Lille, kepada Nimes bagi merampas kedudukan pendahulu dengan perbezaan gol, manakala Danilo Pereira dan Angel Di Maria turut menemui penyudah buat juara bertahan itu.
Lyon cuba memberi saingan menerusi gol daripada Islam Slimani dan Maxwel Cornet sementara Mbappe terpaksa dikeluarkan awal gara-gara kecederaan.
Ia bukan kecederaan yang membimbangkan selepas bintang Perancis itu terpilih untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dalam jadual antarabangsa selepas ini, maka tidak hairanlah Mbappe masih mampu mengukir senyuman.
Penyerang itu mempunyai banyak alasan untuk tersenyum apabila muncul sebagai pemain termuda yang meledak 100 jaringan dalam Ligue 1 sebaik menyempurnakan umpanan Marco Verratti untuk mengatasi halangan Anthony Lopes.
Dia merakamkan prestasi itu pada usia 22 tahun, tiga bulan dan satu hari.
Sebelum ini, pemain Saint-Etienne, Herve Revelli, merupakan pemain termuda yang mencapai angka tiga digit ketika membintangi Lyon pada 1969 -- juga pada umur 23 tahun lima bulan.
Mbappe sebaliknya ingin menekankan gambaran yang lebih besar sambil menyatakan kelegaannya dapat menebus kesilapan hantarannya yang membuka ruang kepada Randal Kolo Muani untuk menyamakan kedudukan dalam kekalahan 1-2 PSG kepada Nantes dalam perlawanan liga sebelum ini.
"Ini adalah tarikh yang baik untuk menjaringkan gol ke-100 saya," katanya kepada Canal Plus. "Selepas hantaran saya kepada Kolo Muani ketika menentang Nantes, saya terpaksa bertindak balas dengan baik.
"Apa yang saya fikirkan ketika menjaringkan gol ke-100? Ia adalah kemenangan kerana saya tahu kami akan menang.
"Dan ini adalah satu lagi langkah besar dalam karier saya dan ini merupakan sebahagian daripada sejarah. 100 gol, ia bagus tetapi saya perlu teruskan usaha. Saya masih mempunyai karier yang panjang lagi untuk menyempurnakan diri.
"Kami memperagakan aksi mantap, kami menang dan kami merampas puncak saingan. Kami mahu pastikan ia tidak hilang lagi.
"Adakah keputusan Lille memberi kesan kepada prestasi kami? Ya, ada sedikit. Tetapi kami datang ke mari memang untuk menang.
"Kami telah memeriksa tarikh itu dalam kalendar, kami tahu ia adalah detik penting dalam kejohanan ini. Kami tahu mereka akan sering mencetuskan masalah kepada kami. Tetapi kami turun dengan keyakinan dan kami meletakkan karakter di dalamnya."
Ditanya mengenai pengaruh Mauricio Pochettino, yang mengambil alih tugas Thomas Tuchel sejak Januari lalu, Mbappe menjawab: "Kami mengubah sistem permainan di bawah bimbingannya. Setiap pengurus yang datang mempunyai falsafah tersendiri. Kami turun dengan pendekatan berbeza, ia mula menonjol sedikit demi sedikit. "
Astro Arena
Mon Mar 22 2021
![Capai 100 gol, Mbappe anggap perjalanan masih panjang Capai 100 gol, Mbappe anggap perjalanan masih panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616391095_KylianMbappe.jpg)
Kylian Mbappe meraikan gol yang dijaringkan ketika perlawanan Ligue 1 antara Lyon dan PSG di Decines, dekat Lyon, Perancis, 21 Mac, 2021. (Foto AP)
![Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739397079_ArifHavas.jpg)
Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.
![Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS
Johan berkata, idea yang menjadi teras kepada kempen 'Make America Great Again' Trump menunjukkan Amerika telah hilang penguasaan globalnya.
![Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739396360_KuikChengChwee.jpg)
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738734054_RealValladolidvRe.jpg)
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
![Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737848101_KylianMbappe.jpg)
Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid
Real membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Mbappe melakukan hantaran satu-dua yang kemas dengan Jude Bellingham.
![LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737338030_KylianMbappeReal.jpg)
LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.
![LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734925760_KylianMbappeCarloAn.jpg)
LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.
![UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733892112_TBMbappe.jpg)
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
![Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724043423_KylianMbappe.jpg)
Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.
![LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732593862_KylianMbappe.jpg)
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
![LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732506757_KylianMbappe.jpg)
LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.
![UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728009514_TBMbappe.jpg)
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
![Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723610182_CarloAncelotti.jpg)
Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.