Kuching City 1 - 2 Selangor
KUCHING City FC menerima kunjungan Selangor FC di Stadium Negeri Kuching.
Kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan tipis pada perlawanan pertama Liga Super Malaysia.
Anak-anak buah Irfan Bakti pastinya mahu memastikan tiga mata penuh apatah lagi beraksi di laman sendiri.
Penyerang utama Kuching City, Abu Kamara bakal menjadi sandaran Irfan Bakti untuk merobek gawang Selangor FC.
Bukan tugas yang mudah berdasarkan profil pasukan Selangor itu sendiri, tetapi dalam bola sepak, tiada yang mustahil.
Selangor FC pula mahu membuktikan kemampuan sebagai antara pasukan utama pencabar liga dengan bukan sahaja menang, malah mempamerkan permainan yang berkualiti tinggi.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe pasti mahu tonggak utamanya, Faisal Halim dan Brendan Gan, berada pada prestasi terbaik selain mengharapkan penyerang dari Colombia, Ayron Del Valle menemui sentuhan jaringan.
Saksikan siaran langsung perlawanan antara Kuching City vs Selangor FC di saluran RTM TV2 pada jam 8.15 malam ini
* Syukri Shaari merupakan penerbit Astro AWANI yang memberikan ulasan tentang Liga Bola Sepak Malaysia menerusi slot 'Volley Bersama SuperSyuk'.