IPOH: Walaupun telah menggantungkan raket sejak berpuluh tahun, legenda badminton negara, Datuk Ng Boon Bee, 84, masih lagi mengikuti perkembangan semasa sukan berkenaan melalui media massa.
Isteri, Datin Tong Yee Cheng, 85, berkata semasa hayatnya, mendiang sentiasa berasa teruja dan tidak akan melepaskan peluang menyaksikan perlawanan badminton di televisyen khususnya yang membabitkan skuad negara.
Malah katanya, mendiang turut gembira apabila kontinjen Malaysia menerusi berpasukan campuran berjaya menyumbangkan pingat emas dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham, baru-baru ini.
"Dia selalu katakatan bahawa dia berbangga dengan prestasi dan pencapaian sukan badminton negara sekarang.
"Harapannya, dia mahu supaya pemain-pemain yang ada ketika ini bermain dengan bersungguh-sungguh dan mengukir banyak kejayaan untuk negara.
"Saya tahu mendiang sebenarnya sangat sayang dan ambil tahu situasi semasa badminton negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bandar Baru Sri Klebang, dekat Chemor, di sini pada Khamis.
Turut hadir menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada mendiang adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed mewakili kerajaan negeri.
Ditanya tentang aktiviti mendiang selepas bersara, Yee Cheng berkata suaminya gemar akan aktiviti bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman di halaman rumahnya.
Katanya lagi, pemergian mendiang pada Rabu sesuatu yang agak mengejutkan mereka sekeluarga kerana mendiang tidak pernah mengadu atau mengalami apa-apa sakit yang serius sebelum ini.
Tambah beliau, walau bagaimanapun kadangkala Boon Bee ada mengadu berasa penat dan sakit di bahagian belakang ketika sedang melakukan aktiviti bercucuk tanam.
"Pagi itu (sebelum pemergiannya) kami sempat sarapan bersama... dan apabila dalam kereta untuk perjalanan ke Pulau Pinang, mendiang mengadu sakit di bahagian perut, lalu kami terus bergegas ke hospital," katanya.
Boon Bee menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 4 petang disebabkan masalah aneurisme.
Beliau meninggalkan balu, Yee Cheng, yang juga bekas pemain badminton, serta seorang anak perempuan, Gillian Ng, 51.
Seorang lagi anak mendiang, Thomas, yang diberi nama sempena kejuaraan Piala Thomas dijulangnya pada 1967, telah meninggal dunia pada usia 54 tahun, tahun lalu.
Boon Bee mewakili era emas badminton sekitar 1960-an dan 70-an dan menyinar dalam acara lelaki dan beregu campuran antara 1960 dan 1973 dengan memenangi 17 pingat emas dalam pelbagai kejuaraan utama.
Boon Bee dan pasangannya dalam beregu lelaki, Datuk Tan Yee Khan adalah anggota penting pasukan Piala Thomas 1967 yang menumbangkan juara Indonesia dalam final di Jakarta.
Bersama Yee Khan, beliau turut menguasai pentas antarabangsa sekitar 1960-an di mana mereka muncul sebagai juara All England pada 1965 dan 1966.
Boon Bee kemudiannya bergandingan dengan mendiang Datuk Punch Gunalan untuk memenangi gelaran All England 1971.
Sementara itu, perbezaan ras dan agama tidak menjadi penghalang buat Boon Bee menumpahkan kasih kepada anak angkatnya, Ahmad Firdaus Ahmad Jaffar.
Menurut Ahmad Firdaus, 39, Boon Bee dan isteri mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya semenjak dirinya masih kecil.
Malah katanya, rumah mendiang di Bandar Baru Sri Klebang itu seolah-olah sudah menjadi rumah keduanya tatkala beliau banyak menghabiskan masa bersama dua insan tercintanya itu.
“Mendiang memang menganggap saya seperti anaknya sendiri. Apabila anaknya Thomas, meninggal dunia tahun lalu, dia katakan kepada saya ‘kami tiada sesiapa di sini, kami hanya ada awak sebagai anak kami’.
“Mereka berdua menjaga saya seperti anak sendiri. Jika saya tidak sihat pun mereka amat mengambil berat.
“Jadi pemergian mendiang memang mengejutkan saya dan seolah-olah terlalu cepat. Kerana pada sebelum itu, mendiang nampak sihat seperti biasa sahaja,” katanya.
Ahmad Firdaus yang bekerja di sebuah firma guaman di sini berkata terlalu banyak kenangan manis yang dirakam bersama sepanjang hayat mendiang.
Katanya, keluarga Boon Bee juga sering membawanya bersama-sama untuk bercuti dalam dan luar negara.
“Mendiang sangat suka kalau saya masakkan makanan untuknya. Antara makanan kegemarannya adalah masakan spaghetti.
“Jadi, memang saya selalu banyak habiskan masa dengan makan dan tidur di sini. Biasa selepas saya habis kerja, selepas ke rumah keluarga di Silibin, saya akan sini pula,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Thu Aug 04 2022
Mendiang Boon Bee meninggalkan balu, Yee Cheng (kanan), serta seorang anak perempuan, Gillian Ng. - Astro AWANI
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga legenda beregu negara Ng Boon Bee
Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan sumbangan mendiang Ng Boon Bee kepada negara.
Bekas legenda beregu badminton negara Ng Boon Bee meninggal dunia
Bekas pemain badminton beregu terbaik negara Datuk Ng Boon Bee, meninggal dunia akibat aneurisme hari ini, kata menantunya John Yuen.