KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengambil pendirian tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya atas kekalahan 1-2 skuad negara menentang Vietnam di Al Maktoum Stadium di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari ini.
Bagaimanapun, Cheng Hoe yang kehilangan ayahnya kira-kira 12 jam sebelum sepak mula, berkata bola sepak merupakan kerja berpasukan dan berharap anak buahnya akan berusaha meningkatkan prestasi dan bermain sebagai satu pasukan untuk muncul sebagai skuad yang hebat pada masa depan.
Bapanya, Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia kerana sakit tua pada kira-kira 12 tengah hari semalam, di Alor Setar, Kedah.
Mengulas perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G itu, jurulatih berusia 53 tahun tersebut berkata anak buahnya tidak bernasih baik kerana bolos dua gol menerusi set piece (gerak terancang).
"Secara keseluruhan, saya sebagai jurulatih sangat gembira dengan prestasi pemain kita, walaupun kalah. Perlawanan itu satu pertembungan yang sukar, namun setiap pemain sangat komited, berdisiplin di atas padang, mungkin disebabkan peralihan, kita hilang tumpuan semasa set piece," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Dubai. Rakaman audio itu dikongsikan dengan media tanah air oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
"Memang kita ada peluang, kita lakukan serangan, kedua-dua pasukan bermain secara terbuka dan cuba mendapatkan kemenangan, malangnya kita gagal memenangi perlawanan itu. Saya sangat-sangat percaya yang anak buah saya bermain dengan baik hari ini, kita cuma perlu meningkatkan lagi prestasi semasa berdepan Thailand nanti," tambah Cheng Hoe.
BACA: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Penalti De Paula gagal cetus kebangkitan buat Malaysia
Skuad Golden Dragon membuka jaringan menerusi tandukan bertenaga Nguyen Tien Linh pada minit ke-27 susulan sepakan sudut, sebelum Harimau Malaya menyamakan kedudukan menerusi Guilherme de Paula yang memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-72.
Bagaimanapun, Vietnam memastikan tiga mata milik mereka menerusi tendangan penalti Que Ngoc Hai yang hadir 10 minit kemudian menerusi satu keputusan yang dipertikaikan oleh peminat.
Selepas dua kekalahan berturut-turut dan terlepas peluang layak ke pusingan ketiga Piala Dunia Qatar 2022 serta kelayakan automatik ke Piala Asia, Cheng Hoe mahu anak buahnya menumpukan perhatian pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand pada pagi Selasa ini, bagi memastikan laluan lebih mudah untuk kelayakan Piala Asia.
"Perlawanan menentang Thailand ini juga tidak akan mudah kerana mereka dapat berehat lebih lama berbanding kita (selepas tewas 1-3 kepada UAE pada Isnin). Sebagai jurulatih, tentunya saya perlu memastikan pemain kembali cergas dan bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya," kata beliau.
Vietnam yang belum lagi tewas menerajui Kumpulan G dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan, diikuti UAE (15 mata), Thailand (9), Malaysia (9) dan Indonesia dengan satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021
Tan Cheng Hoe mengambil pendirian tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya atas kekalahan 1-2 skuad negara menentang Vietnam di Al Maktoum Stadium di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari ini. - BERNAMA
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
Ujian Vicente bukti kredibiliti bersama Harimau Malaya bermula esok
Kemampuan Vicente akan mula diukur apabila Malaysia bertemu Filipina pada aksi separuh akhir saingan Pestabola Merdeka 2024 esok.
Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.
Cheng Hoe dilantik ketua jurulatih Police Tero FC
Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Police Tero menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu
Solari, enam pemain tinggalkan JDT
Ia sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu.
Pan Gon dapat sokongan FAM terus majukan Harimau Malaya
Sebarang keputusan melibatkan kontrak Kim Pan Gon akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang.