Perkara tersebut disahkan oleh kelab berkenaan yang berjaya mendapatkan khidmat pemain Serbia berusia 29 tahun itu.
Pengumuman di laman media sosial rasmi kelab berkenaan mengesahkan bahawa khidmat Bojan yang muncul antara pemain paling banyak beraksi pada musim 2023 bersama KDA FC, dengan 25 perlawanan semusim, tidak disambung kontrak oleh pasukan utara itu.
“Kami akan terus memperkuatkan pasukan bagi saingan musim baharu.
"Hari ini, pemain berpengalaman Serbia, Bojan Ciger telah pun menandatangani kontrak bersama Neftchi dan akan beraksi di posisi pertahanan pasukan pada musim baharu,” kata kelab tersebut.
Nama Bojan tidak asing lagi di Liga Super Uzbekistan kerana pernah beraksi selama dua musim bersama Navbahor Namangan sebelum menyertai KDA FC pada musim 2023. - Sinar Harian