Bukan sekadar bersuka-suka.
Buat peserta Larian Amal Chardikala, mereka sanggup meredah hujan sekadar untuk melihat sendiri ‘peserta istimewa’, Fauja Singh yang turut serta dalam larian sejauh 5 kilometer yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya, pada Ahad.
Larian turut menarik minat lebih 1,000 peserta termasuk peserta antarabangsa daripada Kenya, Jepun, India dan Malaysia. Turut hadir Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi.
Fauja yang berusia 101 tahun,berasal daripada United Kingdom dan baru tiba daripada Singapura selepas menyertai larian 10km Standard Chartered.
“Berlari adalah penawar buat saya. Saya perlu terus berlari” kata Fauja.
“Saya gembira untuk turut serta dan mengharapkan lebih ramai akan berlari. Golongan muda seharusnya bersukan kerana aktiviti ini adalah sihat dan bagi mengelak daripada terjebak ke kancah dadah atau perkara lain yang tidak elok.”
Fauja sebelum ini mendapat perhatian dunia olahraga apabila mencatatkan masa yang baik ketika mula berlari sekitar 80an.
Dia kemudiaannya membuat penampilan di London Flora Marathon pada tahun 2000. Sejak itu tidak berpaling lagi dengan menyertai banyak acara marathon di dunia termasuk New York Marathon (2003), Toronto Waterfront Marathon (2003, 2004 and 2011) dan Larian Hong Kong 10km.
Catatan terbaik yang pernah direkodkan beliau adalah di Marathon Toronto dengan masa 8 jam 25 minit untuk muncul juara kategori usia 90 tahun ke atas.
Dia juga pernah membawa obor olimpik untuk dua acara iaitu Olimpik 2004 di Athens dan Olimpik 2012 di London.
“Saya bangga kerana bukan sahaja dapat membawa obor tetapi dianggap satu pengiktirafan kepada masyarakat Sikh, bahawa salah seorang daripada kami dari luar India dapat menjadi wakil untuk membawa obor.” tambah beliau.
Fauja merupakan seorang petani tetapi telah berhijrah ke United Kingdom selepas isteri dan anak lelakinya meninggal dunia. Dia mula berlari bagi menghilangkan rasa sugul ekoran kehilangan mereka yang disayangi dan menjadikannya sebagai satu motivasi untuk terus berlari.
Hari ini dia menghabiskan masa lebih 4 jam sehari untuk berlari, dan setiap lapan hari dia akan mempertingkatkan larian.
“Saya bangun pada pukul 8 pagi dan mengambil sarapan capati, kacang dal dan dadih. Makanan di United Kingdom kebanyakkannya berlemak, jadi saya cuba mengelaknya,” tambahnya.
“Saya gembira dan amat bersyukur dengan kehidupan ini dan akan terus berlari selagi termampu.
Nasihat beliau kepada mereka yang ingin berlari pada lewat usia;
“Lihat sahaja saya, jika saya boleh lakukan...anda juga boleh.”
Haresh Deol
Mon Dec 03 2012
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
AWANI Ringkas: Kemalangan maut ragut tujuh nyawa di Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan The Gunners akan beraksi tanpa khidmat Bukayo Saka selama 'beberapa minggu' selepas dia mengalami kecederaan.
Innovathon musim ke-2: Puncture Proof Self Healing Tyre juara minggu keempat
Puncture Proof Self Healing Tyre diumumkan sebagai pemenang pada minggu keempat program Innovathon musim ke-2.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King'
Kedutaan Malaysia di Tehran menganjurkan majlis resepsi durian menonjolkan kepentingan budaya.
Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan
Cadbury antara 100 syarikat yang tidak lagi mendapat sokongan rasmi selepas 'Royal Warrant' mereka tidak diperbaharui oleh Raja Charles III.
Wanita 101 tahun penerima pertama vaksin COVID-19 di Jerman
Ia susulan program imunisasi yang dilancarkan hanya beberapa jam selepas negera itu menerima penghantaran bekalan vaksin buatan syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech.
Berlari adalah penawar buat lelaki 101 tahun
Buat peserta Larian Amal Chardikala, mereka sanggup meredah hujan sekadar untuk melihat sendiri peserta istimewa, Fauja Singh yang turut serta dalam larian sejauh 5 kilometer.