IPOH: Perak FC tidak akan sesekali mengangkat 'bendera putih', sebaliknya melaungkan tekad untuk mencipta kemenangan penting dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, 19 Okt ini.
Pengendalinya Yusri Che Lah berkata walaupun maklum mengenai kekuatan dimilik skuad Harimau Selatan yang serba lengkap, namun tidak mustahil untuk The Bos Gaurus mencipta kejutan dengan kekal fokus dan bermain bermati-matian pada pertemuan itu nanti.
"Umum telah maklum tentang kekuatan JDT. Perkara itu tidak perlu saya ungkapkan namun daripada sudut pemain Perak sendiri, saya fikir semangat dan keazaman untuk menang itu perlu disemat dalam diri masing-masing.
"Sepanjang 90 minit permainan apa sahaja boleh berlaku dan saya fikir para pemain juga jangan terlalu menghormati pasukan lawan. Peluang beraksi di gelanggang sendiri harus digunakan sebaiknya untuk mencipta kemenangan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini, juara Piala Malaysia edisi 2018 itu telah melakukan kejutan besar apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak pada 25 Sept lepas.
Jaringan tunggal Wan Zack Haikal dalam masa kecederaan babak pertama sudah memadai bagi menempah slot ke separuh akhir dengan agregat 3-2.
Selain itu, Yusri turut mengharapkan ribuan penyokong The Bos Gaurus dapat hadir ke stadium untuk memberikan sokongan sekali gus dapat membakar semangat para pemain dalam memburu kemenangan berharga.
"Penyokong merupakan pemain ke-12 yang memberi tonik tambahan kepada pemain atas padang dan saya fikir dengan keberadaan mereka (penyokong) ia akan menambah rencah untuk kita melakar kemenangan," katanya.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata semua pemain termasuk tonggak import bebas daripada sebarang kecederaan serta penggantungan, dan sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan berkenaan.
"Semua dalam 'mood' terbaik sama ada dari sudut mental dan fizikal. Cuma saya mungkin akan terapkan beberapa perkara yang boleh ditambah baik untuk memastikan kita dapat menyaingi persembahan JDT nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Yusri turut mengharapkan ribuan penyokong The Bos Gaurus dapat hadir ke stadium untuk memberikan sokongan. - Foto fail/TRWFC
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.