CRISTIANO Ronaldo Junior hanya mengungkapkan 'insya-Allah' mengenai hasratnya sebelum ini yang ingin beraksi secara profesional dalam kancah bola sepak bersama bapanya, Cristiano Ronaldo, yang merupakan bintang bola sepak dunia yang juga merupakan pemenang lima kali Ballon d'Or.

Dalam satu rancangan bersama Jimmy Donaldson atau dikenali sebagai MrBeast itu, dia ditanyakan soalan itu lalu menjelaskan: "Insya-Allah, insya-Allah.. saya berharap," katanya yang masih berusia 14 tahun.



Ini susulan MrBeast yang terlebih dahulu bertanya kepadanya, 'Anda melihat LeBron beraksi dengan anaknya, adakah anda akan melakukannya juga dengan ayah kamu?'.

Terdahulu, bintang bola keranjang, LeBron James, dan anak lelakinya, Bronny James, berkongsi gelanggang dalam pasukan yang sama sekali gus mencipta sejarah dalam pertandingan NBA itu.




-- Stadium Astro