KUALA LUMPUR: Arena sukan olahraga tanah air menerima perkhabaran duka dengan pemergian bekas ratu pecut kebangsaan pada era 60-an, Rajemah Sheikh Ahmad, yang meninggal dunia pada Khamis.
Menurut anaknya, Kama Rezuan Kamaruddin, 49, arwah Rajemah, 77, yang merupakan naib presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi di kediamannya di Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu, selepas menderita kanser pankreas tahap empat.
"Arwah ibu akan disemadikan pada jam 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, salah seorang teman rapat Allahyarham Rajemah, Datuk Mumtaz Jaafar, yang juga merupakan Timbalan Presiden KOM, menyifatkan berita pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar buat dunia olahraga negara.
Mumtaz, yang juga bekas ratu pecut negara era 80-an, berkata arwah dikenali sebagai seorang yang sangat aktif dalam sukan olahraga sehingga ke akhir hayatnya termasuk banyak menabur bakti dalam memajukan sukan berkenaan bagi negeri kelahirannya di Terengganu sehingga berjaya melahirkan banyak atlet pelapis kebangsaan.
"Arwah ibarat kakak kepada saya, banyak saya belajar bidang pengurusan daripadanya, sukar mencari pengganti yang mempunyai minat mendalam dalam dunia olahraga sepertinya.
"Malah, arwah ketika dimasukkan ke hospital sebulan lepas masih bersemangat menghadiri mesyuarat KOM diadakan secara maya," katanya.
Dalam pada itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu hantaran di laman Facebook turut berduka dengan kehilangan Rajemah dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah berhubung berita pemergiannya.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," menurut hantaran berkenaan.
Antara pencapaian arwah Rajemah adalah menyumbang pingat perak pada Sukan Semenanjung Asia Tenggara Ketiga Kuala Lumpur pada 1965 melalui acara kegemarannya iaitu 80 meter (m) lari berpagar wanita selain meraih gangsa dalam acara 4x100m bersama bersama Datuk M. Rajamani, P. Savathri dan Cheryl Doral pada Sukan Asia di Bangkok pada 1966.
Allahyarham, juga bekerja sebagai seorang guru selama 33 tahun mulai 1965 hingga 1998, selain aktif dalam pentadbiran sukan apabila dipilih menyandang beberapa jawatan kepimpinan seperti di Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu; Persatuan Olahraga Negeri Terengganu; Persatuan Olahraga Asia dan KOM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021

Arena sukan olahraga tanah air menerima perkhabaran duka dengan pemergian bekas ratu pecut kebangsaan pada era 60-an, Rajemah Sheikh Ahmad, yang meninggal dunia pada Khamis. - Foto Facebook/Majlis Olimpik Malaysia
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bekas ratu pecut Rajemah Sheikh Ahmad meninggal dunia
Arena sukan olahraga tanah air menerima perkhabaran duka dengan pemergian bekas ratu pecut kebangsaan pada era 60-an, Rajemah Sheikh Ahmad, yang meninggal dunia pada Khamis.