KUALA LUMPUR: Bekas pemain hoki kebangsaan Freddy Wilfred Vias meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya tengah hari tadi pada usia 93 tahun.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi perkongsian di Facebook mengesahkan kematian Freddy, yang merupakan pemain pasukan kebangsaan pada era 1950an serta kapten pasukan pada 1954.
Lebih dikenali sebagai 'Uncle Freddy' beliau merupakan salah seorang pemain utama yang membantu skuad negara (Persekutuan Tanah Melayu) untuk membuat penampilan sulung pada Olimpik 1956 di Melbourne.
Freddy juga dilantik sebagai setiausaha Persatuan Hoki Johor pada 1950 hingga 1953 dan setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan pada 1956 hingga 1957.
Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan sukan-sukan di Malaysia menerusi pelbagai jawatan ketika berkhidmat dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu sebagai Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri (1966-1970), Pegawai Bahagian Sukan (1972-1980), Pengarah Sukan (1980-1981) dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (1 April 1981 hingga 31 Dis 1981).
Pencapaian Freddy turut diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran MOM pada 2004 sempena sumbangannya dalam pembangunan sukan di Malaysia, selain pernah dipilih sebagai salah seorang daripada 80 orang pembawa obor untuk Larian Berganti-ganti Obor Olimpik yang diadakan sempena Olimpik Beijing 2008 pada 21 April tahun sama di sini.
"Pemergian Freddy Wilfred adalah satu kehilangan besar kepada fraterniti sukan di Malaysia," menurut kenyataan MOM itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
![Bekas pemain hoki Olimpik kebangsaan, Uncle Freddy meninggal dunia pada usia 93 tahun Bekas pemain hoki Olimpik kebangsaan, Uncle Freddy meninggal dunia pada usia 93 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654614099_freddy.jpg)
Freddy merupakan pemain pasukan kebangsaan pada era 1950an serta kapten pasukan pada 1954.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bekas pemain hoki Olimpik kebangsaan, Uncle Freddy meninggal dunia pada usia 93 tahun Bekas pemain hoki Olimpik kebangsaan, Uncle Freddy meninggal dunia pada usia 93 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654614099_freddy.jpg)
Bekas pemain hoki Olimpik kebangsaan, Uncle Freddy meninggal dunia pada usia 93 tahun
Bekas pemain hoki kebangsaan Freddy Wilfred Vias meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya tengah hari tadi pada usia 93 tahun.