SEPANG: Pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia mengakhiri ujian musim sejuk pramusim MotoGP 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan cemerlang selepas mencatatkan rekod pusingan terpantas pada hari terakhir ujian, di sini semalam.
Juara dunia berusia 27 tahun itu mencatatkan masa satu minit dan 56.682 saat (s) pada pusingan kelapan daripada 47 pusingan dan merupakan seorang daripada empat pelumba yang mengatasi catatan masa 1:57.134s yang dicatatkan rakan sepasukannya Enea Bastianini pada Rabu.
Sementara itu, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing di tempat kedua dengan masa 1:56.854s diikuti Bastianini di tempat ketiga dengan masa 1:56.915s sementara Alex Marquez daripada Gresini Racing MotoGP dengan catatan 1:56.938s di tempat keempat.
Bercakap kepada pemberita selepas ujian itu, pelumba dari Itali itu berkata pasukannya berjaya mengeluarkan potensi maksimum jentera tunggangannya biarpun bermula dengan perlahan pada hari pertama ujian.
"Kami menunjukkan dan mengetahui dengan sempurna potensi jentera ini. Kami berjaya untuk meningkatkan kemampuannya dalam masa hanya tiga hari dan akhirnya kami berada di satu titik yang baik, kira-kira 80 peratus konsisten dan beralih ke Qatar dalam keadaan yang baik.
"Juga, saya gembira (dengan catatan masa) itu kerana catatan pusingan yang menakjubkan dalam percubaan pertama musim ini, ia memang hebat tetapi ia hanyalah ujian," katanya.
Sementara itu Martin enggan untuk terlalu memikirkan sama ada beliau akan menjadi pencabar utama kepada Bagnaia pada keseluruhan musim ini tetapi sebaliknya beliau mahu menumpukan kepada peningkatan kemahiran menunggangnya.
'Saya rasa bersedia untuk segalanya tetapi saya tidak tahu lagi. Ujian ini adalah benar-benar sukar untuk dianalisis kerana ramai pelumba mempunyai kepantasan ... saya fikir bukan hanya saya dan Bagnaia, ada lagi ramai pelumba." katanya.
Pelumba dan pasukan akan melaksanakan ujian terakhir pramusim mereka di Ujian Rasmi MotoGP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail dari 19 hingga 20 Feb, menjelang pembukaan musim Grand Prix (GP) Qatar dari 7 hingga 9 Mac.
SIC akan menjadi tuan rumah kepada GP Malaysia, pusingan ke-21 yang kedua terakhir buat musim ini dari 31 Okt hingga 2 Nov.
Keputusan 10 terpantas:
1. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)- 1:56.682s
2. Jorge Martin (Prima Pramac Racing) - 1:56.854s
3. Enea Bastianini (Ducati Lenovo Team) - 1:56.915s
4. Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP) - 1:56.938s
5. Aleix Espargaro (Aprilia Racing) - 1:57.091s
6. Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP) - 1:57.270s
7.Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) - 1:57.307s
8.Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing) - 1:57.343s
9.Pedro Acosta (Red Bull GASGAS Tech3) - 1:57.365s
10.Joan Mir (Repsol Honda Team) - 1:57.374s
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Francesco Bagnaia beraksi pada Ujian Pra Musim MotoGP 2024 di Litar Antarabangsa Petronas, Sepang, 8 Feb 2024. -- fotoBERNAMA

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Bagnaia terajui hari terakhir ujian musim sejuk MotoGP 2024
Juara dunia berusia 27 tahun itu mencatatkan masa satu minit dan 56.682 saat pada pusingan kelapan daripada 47 pusingan.