KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) akan melakukan imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) bagi menentukan kecederaan dialami pemain beregu wanita badminton negara, Pearly Tan pada pusingan kedua Terbuka Jepun 2022, Khamis lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata imbasan MRI terhadap Pearly itu akan dilakukan pihaknya selepas pemain itu tiba dari Jepun dalam tempoh sehari dua lagi.
"Setakat ini maklumat yang dimaklumkan dari pihak kami di Jepun adalah kecederaan di bahagian lutut dan berkemungkinan bersangkut paut dengan bahagian lain.
"Tak dapat pastikan sama ada beliau alami ACL (ligamen krusiat anterior) kerana melalui imbasan MRI dan penelitian lanjut di sini baru dapat tahu tahap kecederaan," katanya ketika ditemui selepas majlis pengenalan penaja Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022 di sini, semalam.
Kecederaan dialami Pearly menyaksikan beliau mengakhiri perjuangan bersama pasangannya M. Thinaah sewaktu menentang lawan dari Korea Selatan Baek Ha Na-Lee Yu Lim dalam kejohanan berlangsung di Arena Maruzen Intec, Osaka.
Selepas ketinggalan 11-16 dalam set penentuan, Pearly mengambil keputusan menarik diri dan meninggalkan gelanggang menggunakan kerusi roda dalam tangisan sementara wakil Korea Selatan itu mara ke suku akhir kejohanan.
Dalam pada itu, Ahmad Faedzal memaklumkan pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Jun lepas, telah menunjukkan perkembangan positif dalam pertemuan mereka minggu lalu.
"Dari segi psikologi, dia sangat positif, setakat ini beliau patuhi proses pemulihan dengan baik," tambahnya.
Justeru, beliau berkata pihaknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akan terus meneliti bentuk bantuan diperlukan Sivasangari bagi memastikan pemain itu dapat kembali ke gelanggang dalam keadaan bersedia tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

MRI terhadap Pearly akan dilakukan ISN selepas pemain itu tiba dari Jepun dalam tempoh sehari dua lagi. - Foto BAM

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.
Ibu bapa Eda Ezrin harap dapat sambut aidilfitri dengan anak, menantu
Ibu bapa kepada penyanyi Bae Soba Bae, Eda Ezrin berharap dapat merayakan Aidilfitri thaun ini bersama anak dan menantunya susulan keputusan Mahkamah Narathiwat yang membebaskan mereka daripada tuduhan miliki pil kuda.
Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan penyanyi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail serta lima yang lain daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada November tahun lepas.
34 kawasan di Melaka dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di Melaka dinaiki air.
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Badminton: Imbasan MRI tentukan kecederaan Pearly - ISN
Institut Sukan Negara (ISN) akan melakukan imbasan MRI bagi menentukan kecederaan dialami pemain beregu wanita badminton negara, Pearly Tan.