Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan musuh tradisinya melaungkan amaran untuk meraih gelaran dunia, kali ini.

Buat Chong Wei, beliau tidak menyembunyikan impiannya itu walaupun sedar ia bukan tugas mudah dengan kejohanan akan bermula pada Isnin.

Chong Wei menegaskan betapa dia begitu dahagakan kemenangan pada saingan kali ini.

Dua tahun lalu di Wembley, jaguh peseorangan utama negara itu akur kepada Lin Dan di perlawanan akhir.

Chong wei akan memulakan cabaran berdepan pemain bukan pilihan dari Scotland, Scott Evans pada pusingan pertama.

Sementara itu, Lin Dan, juara dunia sebanyak empat kali akan tampil beraksi buat kali pertama selepas hampir setahun.

Ia juga selepas dia memenangi pingat emas sukan Olimpik London 2012.

Lantas, dia beri amaran kepada lawannya bahawa misinya tetap mahu pertahan gelaran yang dimenangi di Wembley, dua tahun lalu.

Kedua-dua musuh tradisi itu dijangka bertemu di final jika berjaya melepasi halangan selepas diundi dalam laluan yang berbeza.