BUDAPEST: Badan induk renang dunia telah mengeluarkan larangan wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita, bermula serta-merta.
Ahli Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) juga bersetuju menerima pakai dasar kemasukan jantina baharu pada hari Ahad, yang hanya membenarkan perenang yang disahkan perempuan sebelum usia 12 tahun untuk bersaing dalam acara wanita.
"Ini dapatan kajian sains, jika anda bertukar (jantina daripada lelaki ke perempuan) selepas akil baligh, anda mempunyai kebolehan yang tidak sama dengan wanita, jadi ia tidak adil," kata James Pearce, jurucakap kepada Presiden FINA, Husain Al-Musallam, kepada The Associated Press.
Pearce mengesahkan buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional.
Polisi 24 muka surat baharu FINA turut mencadangkan kategori baharu iaitu pertandingan terbuka.
Sebuah kumpulan akan menghabiskan masa enam bulan untuk melihat cara paling berkesan bagi menubuhkan kategori baharu itu.
Pearce memberitahu AP bahawa pertandingan terbuka berkemungkinan besar akan bermakna lebih banyak acara, tetapi butirannya belum diputuskan,
"Tiada siapa yang tahu bagaimana sistem ini akan berfungsi. Dan kita perlu penyertaan dari semua peringkat untuk membincangkan cara ia berfungsi,” katanya.
Agensi
Mon Jun 20 2022

Buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional. - Gambar hiasan REUTERS

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Badan induk renang haramkan atlet transgender bertanding dalam acara wanita
Buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional.

Satu lagi penantian panjang untuk penerjun negara?
Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) belum lagi mengeluarkan sebarang jadual pertandingan untuk kalendar tahun hadapan.

Terjun Piala Dunia: Atlet negara terhimpit pembatalan kejohanan
Kejohanan itu yang sepatutnya bermula 18 April dibatalkan berikutan kekangan COVID-19 di Jepun.

Mun Yee dan barisan penerjun negara terlepas saingan di China
Leong Mun Yee, terlepas peluang menyertai saingan pemanas badan Sukan Olimpik Tokyo apabila siri dunia yang sepatutnya bermula di China, hujung bulan ini ditunda.

Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.

Amsyar gemuruh menunggu keputusan FINA
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman berdebar menantikan pengumuman rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), 8 Mac depan sama ada layak ke Olimpik Rio 2016.