Selepas memberikan segala yang termampu, nasib tidak menyebelahi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang untuk mengulangi pencapaian terbaiknya apabila sekadar berada di kedudukan ketujuh acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Poland, pagi ini.
Kemalangan yang dialami ketika pusingan pertama sedikit sebanyak, menjejaskan rentak kayuhan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, terutamanya dari segi pernafasan kesan daripada impakan di bahagian rusuk kiri.
Ekoran kemalangan itu keputusan Azizulhasni pada saingan semifinal, tidak memberangsangkan dan terpaksa berlumba merebut kedudukan ketujuh hingga ke-12.
"Terdapat juga impakan pada bahagian kepala, yang membuatkan saya berasa seperti pening dan sakit. Namun demi mengejar misi menambah mata sebanyak mungkin untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, saya ketepikan rasa sakit dan dan terus berjuang.
"Walaupun sedikit sedih kerana tidak dapat ke Final 1-6, kemenangan di perlumbaan Final 7-12 sedikit menceriakan saya, tambahan lagi ianya juga memberikan mata berganda yang banyak," katanya melalui status Facebooknya.
Di semifinal, Azizulhasni berada di tempat keempat daripada enam pelumba keseluruhan. Tiga terbaik dari setiap saingan layak untuk berlumba bagi merebut tempat pertama hingga keenam.
Rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga gagal menyerlah apabila cabarannya berakhir di saingan penyisihan (repechage) acara keirin pada aksi di BGZ Arena, di Pruszkow.
Terdahulu, lebih malang apabila pelumba yang terkenal dengan nama jolokan 'The Pocket Rocketman' bersama dua lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis, hanya sempat beraksi di saingan kelayakan acara pecut berpasukan, apabila berakhir dikedudukan kedua tercorot.
Untuk rekod, Azizulhasni mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan penantian Malaysia dengan merangkul pingat emas acara keirin di kejohanan itu pada tahun 2017 di Hong Kong.
Beliau juga pernah meraih pingat perak pada 2010 di Denmark selain memperoleh dua pingat gangsa, masing-masing pada 2015 di Perancis dan 2016 di United Kingdom, manakala nasib tidak menyebelahinya pada 2018 apabila beliau gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara keirin.
Anak jati Terengganu itu juga merangkul pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Azizulhasni seterusnya akan beraksi dalam acara pecut individu lelaki yang akan turut disertai oleh Muhammad Shah Firdaus dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019
Ekoran kemalangan itu keputusan Azizulhasni pada saingan semifinal, tidak memberangsangkan dan terpaksa berlumba merebut kedudukan ketujuh hingga ke-12. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.