PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin masing-masing dinobat sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik pada Anugerah 100PLUS Perpaduan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021.
Pencapaian terbaik pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu sehingga dianugerahkan gelaran berkenaan termasuk mencipta sensasi meraih pingat perak acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tahun lepas.
Selain pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Mohd Azizulhasni turut mencipta kejayaan meraih dua pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Berlin 2020, masing-masing dalam acara keirin dan pecut.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SAM kerana memilih saya sekali lagi sebagai atlet terbaik pada tahun ini.
"Sudah tentu saya akan jadikan anugerah ini sebagai pemangkin semangat dalam proses pemulihan saya selain berusaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik, Paris. The pocket rocket man will comeback," kata Mohd Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia menerusi rakaman video.
Ini adalah kejayaan keempat Mohd Azizulhasni dinobatkan Anugerah Atlet Terbaik selepas memenanginya pada 2009, 2017 dan 2019.
Atlet berusia 34 tahun itu mengatasi empat lagi calon iaitu Datuk Pandelela Rinong (terjun), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton) dan Rifdean Masdor (muay thai).
Ketika ini, Mohd Azizulhasni berehat panjang daripada dunia sukan berbasikal selepas menjalani pembedahan jantung pada April lepas, ekoran masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA).
Sementara itu, kemenangan Bonnie pada edisi kali ini mengulangi pencapaiannya meraih gelaran sama pada Anugerah SAM edisi 2019.
Antara pencapaian cemerlang Bonnie pada 2021 termasuk memenangi pingat emas Sukan Paralimpik 2020 Tokyo selain mencipta rekod baharu pada temasya tersebut.
Atlet kelahiran Sarawak berusia 23 tahun itu mengatasi tiga lagi pencabar yang disenarai pendek Latif Romly (lompat jauh), Cheah Liek Hou (badminton) dan Chew Wei Lun (boccia).
Azizulhasni dan Bonnie masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker.
Selain memberi pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang sepanjang 2020 dan 2021, wartawan sukan turut menerima pengiktirafan sekali gus memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM109,000 pada majlis Anugerah 100PLUS Perpaduan itu.
Secara keseluruhan, hampir 200 penyertaan diterima bagi 17 anugerah kewartawanan melibatkan lapan kategori masing-masing bagi tahun 2020 dan 2021, serta satu penghargaan tertinggi iaitu Anugerah Siebel, yang menawarkan hadiah wang tunai RM7,000.
Pada majlis tersebut wartawan penyiaran TV3, Al Shaiful Nazib Talib muncul selaku pemenang Anugerah Siebel.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022

Azizulhasni dan Bonnie masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

ISN komited beri khidmat terbaik kepada Azizulhasni
ISN komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi program persediaan di bawah agensi itu selagi beliau mahu meneruskan khidmat sebagai atlet.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.