STADIUM Nasional Bukit Jalil perlu dikekalkan sebagai gelanggang keramat buat skuad Harimau Malaya kerana auranya mampu menimbulkan rasa gerun kepada pasukan lawan.
Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, menerusi kapasiti yang besar mampu memuatkan sehingga 80,000 penonton, stadium itu dilihat sebagai venue yang 'menakutkan' ekoran sorakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.
“Kita perlu ada stadium keramat. Stadium Nasional Bukit Jalil adalah yang terbaik di negara ini kerana kapasitinya yang menjangkau lebih 80,000 tempat duduk, sekali gus mampu memuatkan puluhan ribu penonton di stadium itu.
“Gegak gempita penyokong Harimau Malaya mampu menimbulkan rasa gerun pemain pasukan lawan. Mereka berasa takut dan ia beri kelebihan kepada pemain kita yang mendapat suntikan semangat daripada penyokong,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bertembung antara konsert artis Taiwan, Jay Chou dan Piala AFF 2022 mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Harimau Malaya.
Menurut Pekan, sebagai pilihan, Malaysia boleh mempunyai stadium alternatif jika berlaku pertembungan acara besar dalam tempoh hampir sama.
“Stadium yang berkapasiti 40,000 hingga 50,000 penonton sudah memadai sebagai gelanggang alternatif buat skuad kebangsaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menyambut baik keizinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue perlawanan Harimau Malaya bermula Mac ini selepas Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup sementara untuk proses penukaran rumput.
“Ia satu tawaran yang sangat baik oleh TMJ dan boleh dipertimbangkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memandangkan selepas berakhirnya Piala AFF 2022, pasukan kebangsaan akan membuat persiapan menghadapi tugasan lebih besar iaitu Piala Asia 2023.
“Jadi Stadium Sultan Ibrahim boleh menjadi gelanggang alternatif buat Harimau Malaya sementara menantikan proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil siap sepenuhnya,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023
![Aura Bukit Jalil 'lain macam' - Penganalisis Aura Bukit Jalil 'lain macam' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673058688_StadiumNasionalBuk.jpg)
Struktur pentas yang masih dalam proses pemasangan bagi konsert Jay Chou ketika tinjauan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Aura Bukit Jalil 'lain macam' - Penganalisis Aura Bukit Jalil 'lain macam' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673058688_StadiumNasionalBuk.jpg)
Aura Bukit Jalil 'lain macam' - Penganalisis
Stadium dengan kapasiti 80,000 penonton itu dilihat sebagai venue yang 'menakutkan' ekoran sorakan puluhan ribu penyokong.