NAMA Pita Nikolas Taufatofua tiba-tiba tumpuan dunia sekaligus dilabel pembawa bendera paling hangat selepas muncul tanpa pakaian di acara pembukaan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio De Jenairo, Brazil yang berlangsung pada Jumaat.
Atlet Taekwando mewakili negara Tonga itu mengenakan pakaian tradisional dipanggil Ta'ovala serta mendedahkan tubuh sasanya yang dilumur minyak.
Kemunculan 30 saat Nikolas di kaca televisyen sudah cukup untuk menjadikannya sebagai 'bintang Olimpik sepanjang zaman'.
Foto Nikolas ketika acara pembukaan itu juga telah menjadi viral selepas ia 'mencairkan' hati pengguna laman sosial dunia dengan pakej yang dimiliki.
Lebih menarik lagi, ada di antara penonton yang rata-ratanya wanita meninggalkan status nakal menggunakan #tonga di laman sosial twitter dan Instagram (IG).
Malah, warganegara Tonga turut berterima kasih kepada Nikolas kerana sekurang-kurangnya penampilannya itu telah 'meletakkan' nama negara mereka di peta dunia.
Akaun IG Nikolas yang menggunakan nama @pita_tofua setakat ini memiliki hampir 43 ribu pengikut dan jumlah itu terus bertambah dari semasa ke semasa.
Astro Gempak difahamkan Nikolas menetap di Brisbane, Australia dan membuat kerja kebajikan bersama anak-anak gelandangan di sana.
(Gambar Nikolas - IG & Google)
Gempak
Mon Aug 08 2016
Warganegara Tonga turut berterima kasih kepada Nikolas kerana sekurang-kurangnya penampilannya itu telah 'meletakkan' nama negara mereka di peta dunia. - Sumber foto Instagram Pita Nikolas
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Atlet Tonga, Pita Nikolas Taufatofua curi tumpuan dunia
Nama Pita Nikolas Taufatofua tiba-tiba tumpuan dunia sekaligus dilabel pembawa bendera paling hangat selepas muncul tanpa pakaian di acara pembukaan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio De Jenairo, Brazil
Rio 2016: Atlet Tonga, Pita Nikolas Taufatofua 'cairkan' hati pengguna laman sosial
Nama Pita Nikolas Taufatofua tiba-tiba menjadi tumpuan dunia sekaligus dilabel pembawa bendera paling hangat selepas muncul tanpa pakaian di acara pembukaan.