Bagi memastikan atlet negara berada pada prestasi terbaik sebelum menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur yang bermula 14 Ogos ini, Institut Sukan Negara (ISN) mewujudkan Pusat Prestasi TEAMMAS di Hotel Renaissance di sini.
Ketua Pusat Sains Sukan ISN, Mohd Qusyairy Ajmain Mohd Amin berkata pusat berkenaan yang menempatkan 40 orang staf ISN menyediakan pelbagai kemudahan seolah-olah atlet negara berada di rumah sendiri.
Antara kemudahan yang disediakan ialah khidmat dandanan, solekan dan spa, makanan dan minuman serta bantuan sains sukan dan perkhidmatan perubatan.
"Kita menyediakan perkhidmatan ini bagi memastikan atlet merasai nikmat seperti berada di rumah sendiri selain memastikan atlet negara berada dalam prestasi terbaik sebelum beraksi pada Sukan SEA nanti.
"Kita juga turut menyediakan khidmat psikologi sukan kerana kita tahu atlet yang bertanding pada Sukan SEA nanti akan mengalami kebimbangan dan kita akan cuba mengurangkan kebimbangan itu dengan membawa masuk beberapa orang ahli psikologi sukan," katanya.
Mohd Qusyairy Ajmain memaklumkan ISN turut menyediakan khidmat yang sama kepada atlet negara yang menginap di beberapa hotel lain yang terletak berhampiran dengan venue pertandingan Sukan SEA, namun pada skala kecil berbanding di Hotel Renaissance.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perubatan Sukan ISN, Dr Arshad Puji menasihatkan atlet negara supaya mengambil langkah berhati-hati dalam mengurangkan risiko kecederaan dengan baki kurang dua minggu sebelum bermulanya Sukan SEA.
"Atlet itu harus menjadi atlet berfikir di mana mereka boleh berfikir dengan matang bagi mencegah risiko kecederaan dan menjaga kesihatan kerana tekanan semestinya akan meningkat memandangkan Sukan SEA akan berlangsung tidak lama lagi," katanya.
Dr Arshad pada masa sama turut menasihatkan atlet negara untuk tidak membeli ubatan luar sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor ISN bagi mengelakkan mereka gagal dalam ujian doping yang dijalankan semasa berlangsungnya Sukan SEA nanti.
Terdahulu beberapa petugas media dibawa melawat pusat berkenaan yang terletak di dalam Hotel Renaissance yang merupakan tempat penginapan rasmi kontinjen negara pada Sukan SEA kali ini.
Acara bola sepak akan membuka tirai Sukan SEA 2017 pada 14 Ogos ini, disusuli upacara pembukaan rasmi dan penutupan masing-masing pada 19 dan 30 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2017
Dua atlet Sukan SEA menjalani terapi urutan di Pusat Prestasi TEAMMAS yang diwujudkan oleh Institut Sukan Negara sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2017 di sebuah hotel hari ini. --fotoBERNAMA
Paralimpik Paris 2024: Bermula dengan upacara pembukaan di dataran bersejarah
Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan upacara pembukaan itu akan diadakan di dataran bersejarah Paris, Place de la Concorde dan Champs-Elysees Avenue yang terkenal.
Tingkatkan pendapatan luar bandar, pacu pembangunan seimbang negara
Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pendekatan ini bukan sahaja akan mengimbangi pendapatan antara negeri tetapi juga akan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, dengan memastikan bahawa semua negeri dapat menikmati manfaat pembangunan ekonomi negara.
Mesej teks Ebit Lew berkaitan seks - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa teks mesejnya pada 7 Mei 2021 dengan pendakwah tersebut adalah perbualan berkaitan dengan seks.
Kerajaan arah bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam
Syarikat penerbangan kini dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik sepenuhnya dalam cara pembayaran asal sekiranya mengalami kelewatan penerbangan lima jam dan lebih.
63 kakitangan MAB Engineering letak jawatan - Anthony
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menambahbaik kod perlindungan pengguna penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang bakal diwartakan pada September 2024.
Tanah jerlus: Laluan sekitar Jalan Masjid India ditutup kepada semua kenderaan
Tinjauan mendapati laluan sepanjang kira-kira 300 meter dipasang pita keselamatan, dengan anggota Rela bertugas bagi mengawal keadaan.
Presiden MPN, seorang profesor didakwa pecah amanah RM271,000
Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose dan seorang lagi profesor, Profesor Datuk Dr Kefli Mahbol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu selepas masing-masing didakwa atas tujuh pertuduhan pecah amanah dan bersubahat bernilai RM271,000 pada tahun 2023 dan tahun ini.
Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis
Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun tertentu yang merupakan akaun keldai.
Kes saman ibu model Belanda Ivana: Kerajaan cadang penyelesaian mediasi
Kerajaan Malaysia mencadangkan penyelesaian secara mediasi dalam saman yang difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, KDN dan kerajaan.
Kabinet putuskan kenakan kerangka kawal selia media sosial lebih ketat
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri memutuskan teruskan tindakan mengenakan kerangka kawal selia yang lebih ketat bagi melesenkan perkhidmatan media sosial dan sistem pesanan internet mulai 1 Jan 2025.
Atlet Sukan SEA negara disedia khidmat spa, solekan
Ketua Pusat Sains Sukan ISN, Mohd Qusyairy Ajmain Mohd Amin berkata pusat berkenaan yang menempatkan 40 orang staf ISN menyediakan pelbagai kemudahan seolah-olah atlet negara berada di rumah sendiri.