KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan masih berpeluang mewakili negara di kejohanan antarabangsa.
Ahmad Faizal berkata pengguguran itu juga tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing.
"Cuma kita tidak meletakkan mereka di bawah Program Podium, seperti sebuah akademi yang kita jaga di bawah satu bumbung. Itu perkara yang perlu difahami semua," katanya dalam program Inklusif terbitan TV1, malam tadi.
Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Program Podium di bawah MSN itu dihentikan.
Katanya Kementerian Kewangan berpandangan perbelanjaan negara perlu diutamakan ke arah proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima pandangan itu.
SUKAN-AHMAD FAIZAL (ATLET) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Walaupun (penurunan) daripada lebih kurang RM40 juta yang telah diperuntukkan tahun lepas kepada kosong, tetapi kami di KBS telah mencari jalan, dan kami dapat mengumpulkan dana RM17 juta untuk meneruskan Program Podium demi kelangsungan atlet berprestasi tinggi kita," katanya.
MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan dan hanya mengekalkan 293 atlet (248 normal, 45 para) bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.
Menyentuh mengenai pengurangan dana terhadap program penyediaan atlet, Ahmad Faizal berkata jumlah jurulatih serta ahli fisoterapi disediakan kepada seseorang atlet dan jumlah kejohanan adalah aspek yang terpaksa dikompromi.
"Sebelum ini kita boleh bermewah seorang atlet kita bekalkan dengan seorang jurulatih dan ahli fisioterapi bergaji tetap, dengan pemakanan tahap terbaik dan boleh hantar ke semua kejohanan. Sekarang kita kurangkan, seorang jurulatih serta ahli fisioterapi untuk menjaga beberapa atlet dan kejohanan yang terpilih saja kita hantar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Ahmad Faizal berkata pengguguran itu juga tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing. -Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Hannah optimis tiada lagi isu air bertakung di Stadium Nasional
Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hannah 'di mana-mana' kerana mahu memahami keadaan sebenar
Ada yang berjenaka bahawa 'Hannah Yeoh di mana-mana' kerana beliau dilihat berada di pelbagai lokasi melibatkan sukan dan belia sejak dilantik sebagai menteri pada awal Disember lepas.
Khairy ucap selamat maju jaya kepada Hannah
Jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.
Hannah Yeoh salur RM29,000 bantu beli van jenazah
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.
Hari Sukan Negara 2022 tetap berlangsung seperti biasa - Ahmad Faizal
Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) di seluruh negara tetap berlangsung seperti biasa pada Sabtu ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Piala Asia 2023: Ahmad Faizal mengaku sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan hargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di stadium.
Pusat belia dilengkapi stadium mini akan dibina di Kepala Batas
Pusat belia yang dilengkapi stadium mini bertaraf antarabangsa akan dibina di Kepala Batas
Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad B-23 negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.
Ahmad Faizal yakin Todak, Orange Esports mampu juarai MSC 2022
Malaysia mampu menjuarai kejohanan Mobile Legends Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) 2022 yang akan dianjurkan pada 11 hingga 19 Jun ini.