Astro meneruskan sokongan program pembangunan badminton melalui program-program tanggung jawab sosial korporatnya termasuk menerusi Kem Badminton Astro.

Kem Badminton Astro ini kembali untuk edisi ke-tiga tahun ini bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan kanak-kanak berusia di antara 10 hingga 12 tahun.

Tradisi kerjasama dengan Persatuan Badminton Nippon juga tetap diteruskan untuk tahun ketiga berturut-turut.