KUALA LUMPUR: ARSENAL 3 BOURNEMOUTH 2
Mikel Arteta menyifatkan kemenangan dramatik Arsenal 3-2 ke atas Bournemouth sebagai "kegilaan" sambil memuji kesungguhan pasukannya.
The Gunners berdepan tugas perit untuk merampas kedudukan pendahulu apabila ketinggalan 0-2 dalam separuh masa kedua berikutan jaringan skuad The Cherries termasuk Phillip Billing yang menjaringkan gol kedua terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Thomas Partey dan Ben White kemudian memulihkan kedudukan sebelum rembatan deras Reiss Nelson melengkapkan kebangkitan mereka dan melebarkan semula kelebihan lima mata kelab London itu ke atas Manchester City.
Lantas, Arteta gembira dengan kemenangan keempat berturut-turut yang dicipta anak buahnya.
"Ia adalah satu kegilaan dari detik pertama lagi. Kami terus mencuba dan menguasai permainan. Kami berdepan tugas berat dan kami mengatasinya sedikit demi sedikit," katanya kepada BBC Match of the Day.
"Kami berasa lapar untuk menjaringkan gol pertama. Sejak itu suasana berubah. Reiss jarang beraksi akibat kecederaan.
"Dia diturunkan dan mempamerkan persembahan seperti ini. Sungguh luar biasa untuk menempuhi emosi ini dengan orang ramai. Ia akan kekal bersama kami.
"Saya akan mengingati hari ini atas beberapa perkara. Saya menyukai inisiatif, keberanian, keperibadian pemain dan cara mereka merealisasikan sesuatu.
"Apabila ia kelihatan buruk dan menjadi sukar, itulah yang dilakukan oleh kelab gergasi. Kami perlu memudahkannya untuk diri sendiri. Tetapi ini adalah EPL.
"Seterunya kental dan mereka menyulitkan anda. Sekarang kami akan beralih ke kempen Liga Europa - banyak perlawanan akan ditempuhi. Kami memerlukan kesemua pemain dalam keadaan yang terbaik." - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Mar 05 2023
Pemain Arsenal Reiss Nelson diraikan selepas menjaringkan gol ketiga pasukan itu ketika perlawanan menentang Bournemouth di Stadium Emirates. - Foto AP
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
EPL: Di mana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Arteta dalam dilema selepas belasah Crystal Palace
Pemain sayap England itu dipaksa keluar pada minit ke-24 dan kemudiannya meninggalkan Stadium Selhurst Park dengan bertongkat.
Aston Villa tambah derita Manchester City
Rogers sekali lagi menjadi duri dalam daging buat angkatan Guardiola apabila meledak jaringan kedua minit ke-65.
Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United
Pemain pertahanan itu memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.
EPL: Southampton pecat pengurus Martin selepas kekalahan teruk di tangan Tottenham
Southampton memecat pengurus Russell Martin selepas kekalahan memalukan 5-0 di laman sendiri kepada Tottenham pada Ahad.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Manchester United diaibkan Nottingham Forest di Old Trafford
The Red Devils tunduk mengalah buat kali pertama di laman sendiri di bawah bimbingan Amorim selepas mengharungi lima perlawanan.