JOHOR BAHRU: Ariffin Nazri Mohd Zakaria dan Dania Sofea Zaidi, yang mewakili negara dalam dua kejohanan antarabangsa tahun lepas, adalah antara lebih 600 peserta pada Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 yang membuka tirainya esok.
Dania Sofea yang cemerlang pada Kejohanan Remaja Asia Bangkok 2022, akan mempertahankan kejuaraannya pada edisi lepas untuk kategori bawah 16, manakala Ariffin Nazri, yang menyertai Kejohanan Remaja Dunia Sepanyol tahun lepas, mahu menebus kekalahan dan akan bertanding untuk kategori bawah 21 tahun.
Presiden Persatuan Badminton Johor Mat Rasid Jahlil berkata kejohanan itu yang juga acara pertama bagi kalendar sukan di negeri ini, akan berlangsung sehingga Ahad ini di DBC Sport Arena, Pontian, Johor.
Dengan menampilkan lima kategori iaitu bawah 21, bawah 16, bawah 14, bawah 12 dan juga bawah 10 tahun, beliau menyifatkan kejohanan edisi ke-11 itu penting dalam usaha Johor mencungkil lebih banyak bakat-bakat baharu dalam sukan tersebut.
"Kita hendak menambah seberapa ramai lagi pemain berbakat dari negeri Johor serta menyediakan platform terbaik untuk mereka beraksi secara kompetitif.
"Kejohanan ini juga menjadi pentas buat kami menilai dan memilih pemain untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan termasuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mat Rasid berkata kejohanan itu turut mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negeri Johor, YOUNG-International dan DBC Sport Arena.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Ariffin Nazri dan Dania Sofea adalah antara lebih 600 peserta pada Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 yang membuka tirai esok. - Facebook
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ariffin Nazri, Dania Sofea antara pemain sertai Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 bermula esok
Kejohanan itu, yang juga acara pertama bagi kalendar sukan di Johor, akan berlangsung di DBC Sport Arena, Pontian.