ARAB SAUDI 2 HONG KONG 0

Arab Saudi melengkapkan persiapan ke Kejohanan Piala Asia dengan kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Saoud Bin Abdulrahman, Qatar tengah malam tadi.

Abdul Rahman Gharib menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum Fawaz Al-Saqour menggandakan kelebihan itu pada lewat permainan.

Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) dalam laman web rasmi mereka hari ini berkata kesemua pemain Al Akhdar diberikan cuti sehari menjelang upacara pembukaan Piala Asia esok.

Sebagai rekod, Arab Saudi diletakkan dalam Kumpulan F bersama Thailand, Kyrgyzstan dan Oman.