APPLE Vision Pro dijual secara rasmi di lima lagi pasaran baharu iaitu United Kingdom, Kanada, Perancis Jerman, dan Australia kelmarin.

Kini Apple Vision Pro ditawarkan di 10 pasaran kesemuanya. Hujung bulan lalu ia mula dijual China, Hong Kong, Jepun, dan Singapura setelah selama ini hanya eksklusif di Amerika Syarikat.

Sambutan awal untuk Vision Pro adalah amat memberangsangkan tetapi mula dingin selepas beberapa bulan.

Antara komen yang diberikan ialah harga jualan terlalu tinggi, kurangnya aplikasi menarik dan set kepala yang terlalu berat untuk digunakan untuk tempoh yang lama.

Di Amerika Syarikat misalnya, angka jualan telahpun menjunam 75% dari suku ke suku.

Di WWDC yang berlangsung beberapa minggu yang lalu, beberapa ciri baharu diperkenalkan seperti skrin maya lebih gergasi, dan kemampuan mengubah gambar 2D menjadi gambar 3D spatial.

Kepada mereka yang ingin membeli Vision Pro di Malaysia, kemungkinan besar Vision Pro akan dijual secara rasmi di Malaysia adalah sangat tinggi kerana Apple The Exchange TRX baru sahaja dibuka. -Amanz