Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan mengejut dengan melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak termasuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.
Annuar berkata beliau turut akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula dari tempoh penggantungan beliau sejak 4 April 2012 selain menarik diri daripada mengganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara bagi memastikan FAM mempunyai wakil dalam jawatankuasa berkenaan.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Ketereh berharap tindakan tersebut dapat menjernihkan semula hubungan dingin antara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dengan FAM berikutan perlantikan beliau dalam jawatankuasa itu yang mendapat bantahan daripada FAM.
"Bagaimanapun saya akan terus membantu bola sepak negara amnya dan bola sepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai wakil rakyat dan juga seorang peminat sukan ini," kata Annuar menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, FAM memutuskan bahawa pelantikan Annuar sebagai anggota jawatankuasa program itu sebagai tidak sah kerana beliau masih dalam tempoh penggantungan sehingga 4 Okt 2014.
Annuar digantung pada April tahun lepas selama dua tahun setengah kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang berunsur negatif terhadap skuad bola sepak kebangsaan, sekali gus melanggar Artikel 88 Statut FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dilapor telah menetapkan bahawa individu yang digantung tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak.
Bernama
Fri Dec 13 2013
Annuar Musa - Foto Bernama
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Harimau Malaya bakal ada lagu sendiri, Warner Music sudah bayangkan penyanyinya
Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan mempunyai sebuah lagu tema rasmi selepas ini.
FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus terbuka untuk mencari dan menerima pemain warisan berkualiti dari luar negara.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya
Tuntutan itu sebagai balasan kepada komitmen kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk bantu perkasa pasukan kebangsaan.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Ultras Malaya hampir pasti terus boikot tapi Stadium Nasional tidak akan kosong
Kejayaan Malaysia menempah tempat di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 tidak boleh menjamin kehadiran semula kumpulan penyokong dari Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya
Aksi Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2024 mungkin hilang sengat selepas mereka kehilangan puluhan ribu pemain ke-12'.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
Prestasi Harimau Malaya harus setimpal dengan dana diterima - Penganalisis
Pekan menyifatkan FAM sebagai persatuan sukan kebangsaan paling bertuah yang pasti dicemburui kerana jumlah 'durian runtuh' yang diterima.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.