Perpindahan percuma Alaba ke Real disahkan Mei lalu selepas menamatkan 13 tahun bersama Bayern Munich.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang turun empat kali bersama Austria dalam Euro 2020, membina reputasi atas kebolehan beraksi dalam banyak posisi kerana dapat turun sebagai pemain pertahanan tengah, bek-kiri mahupun dalam jentera tengah.
Ancelotti mengetahui kemampuan Alaba, yang berkerjasama satu musim di Bayern, dan tidak sabar melihat kemampuan juara Bundesliga 10 kali itu.
"Alaba seorang pemain yang sempurna, memiliki kualiti yang banyak dan bijak ketika bertahan secara taktikal," katanya.
"Saya meletakkan dia sebagai pertahanan tengah dalam perlawanan terakhir di Bayern Munich, tetapi kadang kala dia beraksi di bahagian tengah bersama Austria dan juga boleh beraksi di bahagian kiri.
"Seorang pemain yang sempurna dan cemerlang yang mampu beraksi cemerlang musim ini."
Alaba turut membawa masuk pengalaman dalam skuad Real, selepas beraksi 448 kali bersama Bayern dan memenangi 27 trofi.
Dia dijangka mengisi kekosongan ditinggalkan Sergio Ramos, yang berhijrah ke Paris Saint-Germain secara percuma.