KUALA LUMPUR: Permata baharu olahraga para negara Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menyatakan kesanggupan untuk berlatih bersama pemenang pingat emas 400 meter (m) Sukan SEA 2023 Umar Osman dalam usahanya meningkatkan prestasi.
Atlet kelahiran Johor berusia 21 tahun itu yang mencipta sensasi selepas merangkul emas acara 400m lelaki T20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 baru-baru ini, berkata peluang berlatih bersama Umar semestinya dapat memperbaiki catatan masanya.
Katanya beliau juga amat memerlukan seorang rakan sepelatih yang mampu memberikan cabaran dan membantunya berlari lebih pantas menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024.
"Sekarang di Malaysia persaingan ada tetapi saya berlatih seorang saja...kalau boleh dapat berlatih dengan dia (Umar) bolehlah perbaiki masa saya nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Hadiah Kemenangan Huawei kepada pemenang pingat APG 2022 di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, semalam.
Sebagai rekod, Muhammad Ammar dan Umar, yang merupakan pemegang rekod 400m kebangsaan dengan masa 46.09s, adalah rakan sepelatih dalam kem olahraga Johor bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) lepas.
Dalam pada itu, Muhammad Ammar berkata selepas berjaya memecahkan rekod temasya dan Asia dengan catatan masa 47.60 saat (s) di Hangzhou, beliau menyasarkan untuk melakukan catatan 46s di Paris, tahun depan.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, latihan dan pertandingan di luar negara antara elemen yang akan turut membantunya mencapai catatan tersebut.
Pada saingan final 400m lelaki T20 di Hangzhou, catatan masa 47.60s dicipta Muhammad Ammar memadam rekod temasya 49.32s milik bekas atlet negara Nasharuddin Mohd dan rekod Asia 47.80s milik Milad Ramazani Torkamani dari Iran.
Rekod dunia dalam acara itu dipegang atlet Brazil Daniel Tavares Martins yang melakukan catatan 46.86s.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Muhammad Ammar Aiman ditemui media pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pingat Sukan Para Asia 2022 Hangzhou di MSN, Kuala Lumpur, 30 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Ammar perlu rakan sepelatih, tak kisah jika berlatih dengan Umar
Atlet kelahiran Johor berusia 21 tahun itu berkata peluang berlatih bersama Umar semestinya dapat memperbaiki catatan masanya.