New Zealand mengukuhkan reputasi sebagai kuasa besar ragbi, apabila mencipta sejarah menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mengekalkan kejuaraan Piala Dunia untuk dua edisi berturut.
All Blacks menyingkirkan cabaran Australia 34-17 untuk bergelar juara.
Turun selaku juara bertahan, New Zealand bagaimanapun tidak memandang rendah keupayaan The Wallabies di bawah kendalian Michael Cheika itu, yang mana turut mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan sepanjang kejohanan.
Tujuh minit sebaik perlawanan bermula, All Blacks peroleh mata pertama mereka menerusi penalti Daniel Carter, namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila Bernard Foley menyamakan kedudukan 3-3 enam minit selepas itu.
All Blacks terus perkemaskan corak dengan menambah mata menerusi dua penalti Carter.
Percubaan daripada Nehe Milner-Skudder dan dilengkapkan dengan conversion Carter melebarkan kedudukan kepada 16-3 menuju babak kedua.
Dengan hanya seminit selepas rehat, New Zealand memperoleh try melalui Ma'a Nonu menjadikan kedudukan 21-3.
Namun ketinggalan jauh tidak mematahkan semangat Australia sebaliknya pasukan itu bangkit merapatkan jurang mata dengan memperoleh dua try dan dua conversion selepas itu, untuk menjadikan kedudukan 21-17.
Tidak melatah, All Blacks mengorak langkah menambah satu try, satu conversion dan satu penalti untuk menoktahkan kemenangan 34-17 ke atas Australia, sekaligus menjulang trofi gemilang itu untuk dua edisi berturut.
New Zeland mempamerkan aksi cemerlang bermula dari aksi peringkat kumpulan dengan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan.
Momentum itu diteruskan hinga ke penghujung perlawanan untuk membolehkan mereka merangkul kejuaraan ketiga mereka di Piala Dunia.
Sejak 1987, belum ada lagi pasukan menjuarai Piala Dunia untuk dua edisi berturut dan New Zealand telah merakam sejarah untuk menjadi pasukan pertama berbuat demikian.
Astro Arena
Sun Nov 01 2015
![All Blacks cipta sejarah, pertahan Piala Dunia All Blacks cipta sejarah, pertahan Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446363007_allblacks.jpg)
Kapten pasukan New Zealand 'All Blacks', Richie McCaw menjulang piala selepas pasukan itu menewaskan Australia pada perlawanan akhir Piala Dunia ragbi di Stadium Twickenham, London, Sabtu malam. - Foto AP Photo/Tim Ireland
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715829_fadillahyusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723734990_TBproton.jpg)
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
![Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715438_Hajiji.jpg)
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
![65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah 65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723721334_TBtabunghajijp.jpg)
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
![Cane dilantik kapten baru All Blacks Cane dilantik kapten baru All Blacks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588732230_Canedilantikkapten.jpg)
Cane dilantik kapten baru All Blacks
Pemain berusia 28 tahun itu membuat kemunculan pertama ketika menentang Ireland pada 2012 dan sejak itu telah mewakili negaranya sebanyak 68 kali.
![Kontrak ragbi Sonny Bill Williams termahal - RM28 juta untuk 24 bulan Kontrak ragbi Sonny Bill Williams termahal - RM28 juta untuk 24 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573487486_TBSONNY.jpg)
Kontrak ragbi Sonny Bill Williams termahal - RM28 juta untuk 24 bulan
Berpindah dari 'rugby union' ke 'rugby league', bintang All-Blacks Sonny Bill Williams kini pemain termahal sukan ragbi.