WILFRIED Zaha dilaporkan telah ditawarkan kontrak lumayan untuk menyertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr di tengah-tengah ketidakpastian mengenai masa depannya di Crystal Palace.
Menurut Sky Sports, pasukan Liga Pro Saudi itu mahu menandatangani Zaha dengan perjanjian tiga tahun bernilai 45 juta pound (15 juta pound setahun).
Kontrak semasa Zaha di Crystal Palace akan tamat pada penghujung Jun dan dia mempunyai tawaran baharu daripada The Eagles bernilai hampir 200,000 pound seminggu, termasuk bonus.
Zaha dijangka mengambil masa untuk membuat keputusan dan tidak menolak untuk kekal di England.
Al-Nassr bukan satu-satunya pasukan Arab Saudi yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ivory Coast itu.
Juara Arab Saudi, Al-Ittihad juga telah menawarkan Zaha perjanjian bernilai 9 juta pound, selepas cukai, untuk menyertai mereka musim depan.
Bagaimanapun, Zaha dikatakan tidak berminat dengan cadangan itu pada peringkat ini dalam kariernya.
Berdasarkan laporan Mail Sport, pemain itu mahu kekal di Eropah ketika Marseille turut dikaitkan dengan pemain itu.
Jika dia ingin beraksi di pentas Liga Juara-Juara, Atletico turut boleh menjadi pilihan ketika mereka berjaya menamatkan saingan LaLiga di tempat ketiga. -- Stadium Astro
Astro Arena
Wed Jun 07 2023
Zaha dijangka mengambil masa untuk membuat keputusan dan tidak menolak untuk kekal di England. - Stadium Astro
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Al-Nassr tawar kontrak lumayan kepada Wilfried Zaha bergandingan bersama Ronaldo
Wilfried Zaha dilaporkan telah ditawarkan kontrak lumayan untuk menyertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.
Zaha denied penalty shouts as Watford and Palace share point
Watford and Crystal Palace continued to inch towards Premier League safety after a scrappy goalless draw at Vicarage Road on Saturday.
Palace lebur rekod empat kemenangan Leicester
Kemenangan itu juga merupakan kejayaan sulung Palace di tempat lawan musim ini yang turut menyaksikan Christian Benteke memecah kebuntuan golnya selama 935 minit.