SUNGKAI: Gagal dalam misi memburu emas di Sukan SEA ke-31 baru-baru ini, tidak mematahkan semangat jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari, sebaliknya beliau terus rancak mengatur perancangan untuk bangkit pada Kejohanan Silat Dunia 2022 Julai ini.
Sehubungan itu, beliau bakal berkampung selama dua bulan di Nilai, Negeri Sembilan sebagai persediaan beraksi pada kejohanan yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus dalam latihan bagi menghadapi kejohanan yang dianggap terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan silat.
"Saya memilih Nilai kerana persekitarannya macam berada di kampung dan suasananya membuatkan saya lebih fokus, makan, bangun dan berlatih.
"Kalau di bandar fokus kita lain, lepas latihan nak lepak atau bawa keluarga jalan dan sebagainya. Sebagai atlet, perkara kecil seperti itu boleh mengganggu kita untuk fokus," katanya ketika hadir pada kempen Selamatkan Harimau Malaya di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di sini, pada Khamis.
Mohd Al Jufferi, yang juga pemenang emas empat kali di temasya Sukan SEA, memaklumkan beliau bakal mengubah semula kelasnya daripada Kelas F (70-75 kilogram) kepada Kelas E (65-70 kilogram) dalam Kejohanan Silat Dunia itu nanti.
Pesilat itu juga mengakui sudah pulih daripada kecederaan bahu kanan yang dialami ketika pertarungan di temasya Hanoi, yang menyaksikan beliau hanya mampu membawa pulang pingat gangsa selepas tewas dalam saingan separuh akhir kepada wakil Singapura, Abdul Raazaq Abduh Rashid.
Dalam pada itu, Mohd Al Jufferi meneruskan tekadnya untuk bersara selepas saingan di kejohanan dunia itu meskipun jika berjaya meraih juara.
Sementara itu, mengulas mengenai kempen Selamatkan Harimau Malaya, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kempen anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu, bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melindungi haiwan liar tersebut yang diancam kepupusan.
Beliau berkata penglibatan komuniti sukan seperti atlet, MSN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Bekas juara itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus. - Bernama
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.

Al Jufferi berkampung dua bulan di Nilai hadapi Kejohanan Silat Dunia 2022
Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus.