Bekas jurulatih Kedah tahun 80-an, Datuk Ahmad Shafie, 67, dilantik sebagai jurulatih pasukan Kedah sementara selepas jurulatih Kedah Mario Tod tidak menyambung kontrak yang berakhir penghujung Julai ini.
Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat luar biasa (EGM) oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang diadakan di Wisma Darulaman, Alor Setar.
Pada masa sama ahli gabungan yang bermuesyuarat sebulat suara melantik Datuk Mukhriz menjadi presiden KFA yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang melepaskan jawatan pada Jun lalu akibat sakit.
Menurut Ahmad, beliau yakin dengan kepimpinan baru yang diterajui Mukhriz bagi meningkatkan mutu bolasepak Kedah seterusnya mencapai kejayaan seperti yang dinikmati sebelum ini terutama dalam mengharungi Piala Malaysia.
Jelas beliau pasukan Kedah masih belum terlambat untuk diperbetulkan dan beliau berjanji akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
Dengan pengalaman yang ada sebagai pegawai teknikal/ pembangunan bolasepak kedah di KFA beliau akan menggunakan pengalaman yang ada bagi mencari formula baru meningkatkan mutu bolasepak negeri.
Beliau juga optimis kedah bakal menjadi pasukan yang digeruni dalam saingan Piala Malaysia yang bakal bermula 17 Ogos nanti.
“Laluan masuk ke final bukanlah perkara yang menyusahkan kita sebab laluan itu kita banyak dicapai .
“Kita cuma perlu perbetul mana yang patut dan saya percaya kalau pemain-pemain kita meningkat seperti yang mana kita harapkan, saya percaya kita dapat memberi saingan dan mudah-mudahan diizinkan Allah kita boleh berjaya.
Ahmad merupakan bekas jurulatih Kedah sejak tahun 1985 hingga 89. Beliau menjadi jurulatih kebangsaan untuk pasukan bolasepak kebangsaan sempena sukan SEA di Kuala Lumpur dan Malaysia berjaya meraih emas sukan bolasepak ketika itu.
Sekarang beliau banyak terlibat dalam projek-projek pembangunan bolasepak Kedah.
Astro Awani
Thu Jul 25 2013
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Tiada punca pendapatan, isteri lumpuh separuh badan... Rahmat Rabbani diduga
Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Rahmat Rabbani mengakui kehidupannya kini sukar, tambahan lagi selepas isteri tercinta Norazlina A. Rahman mengalami masalah strok.
Ahmad Shafie dilantik jurulatih pasukan Kedah
Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat luar biasa (EGM) oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang diadakan di Wisma Darulaman, Alor Setar.