Dua gelaran yang dimenangi pada malam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016, menambah selera penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri untuk memburu lebih banyak kejayaan.
Bekas pengempur berbisa Selangor yang memenangi Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai itu, bertekad menambah koleksi gelaran apabila menyarung jersi skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim depan.
"Saya sebenarnya tidak menyangka dapat menang pada malam ini. Pengiktirafan ini menambah semangat untuk saya terus memburu kejayaan bersama pasukan baharu saya nanti serta skuad kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di sini Jumaat malam.
Ahmad Hazwan, 25, yang berasal dari Labuan, Sabah juga berterima kasih kepada peminat dan jurulatih yang memilihnya untuk memenangi kedua-dua anugerah itu.
Berkongsi pandangan sama adalah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang berterima kasih kepada peminat bola sepak yang terus memberi sokongan kepadanya.
Penjaga gol Kelantan itu memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk kali kelima selepas memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.
"Syukur Alhamdulillah, saya ucapkan di atas kejayaan pada hari ini dan saya ingin berterima kasih kepada pengurusan serta peminat pasukan Kelantan yang sentiasa menyokong saya selama ini.
"Trofi kemenangan ini menjadi pemangkin untuk saya memburu kejayaan bersama pasukan saya pada musim depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016

Ahmad Hazwan berkata, pengiktirafan itu menambah semangat untuk terus memburu kejayaan. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ahmad Hazwan tekad buru kejayaan bersama JDT
Dua gelaran yang dimenangi pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 malam tadi, menambah selera penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri untuk memburu lebih banyak kejayaan.

Ahmad Hazwan raih dua gelaran pada ABK 2016
Penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri menamatkan musim ini dengan bergaya selepas membolot dua gelaran pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016.

FAM rujuk jawatankuasa berhubung isu ketidakhadiran pemain Selangor
Isu kegagalan tiga pemain Selangor menyertai kem latihan skuad Pilihan Malaysia akan dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan sebaik menerima laporan penuh perkara itu.

Selangor mungkin larang pemainnya sertai skuad Dollah
"Kami kemungkinan tidak membenarkan pemain kami beraksi bersama pasukan kebangsaan pada pertemuan persahatan dengan liverpool," Itu ketegasan yang disuarakan pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari

FAS diarah bayar RM34,000
FAS diarah membayar kos latihan pemain, Ahmad Hazwan Bakri sebanyak RM34,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur.