KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita, pada Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun, semalam.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Pandelela meraih pingat emas pertama buat skuad negara di kejohanan itu, sekali gus melakar sejarah baharu buat sukan terjun negara dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Seri Paduka Baginda menyifatkan pencapaian Pandelela ini sebagai kejayaan yang amat bermakna kepada Malaysia dan juga sebagai suntikan semangat kepada beliau untuk meneruskan buruan pingat di Temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini," menurut kenyataan dimuat naik di Instagram Istana Negara, hari ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah pencapaian cemerlang penerjun kebangsaan kelahiran Sarawak itu sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber serta bertaraf antarabangsa.
"Ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia," menurut kenyataan itu.
BACA: Pandelela 'menyinari' skuad terjun di Piala Dunia FINA 2021
Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga kejayaan dan semangat perjuangan Pandelela turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para atlet di negara ini untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Pandelela dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta sekali lagi memahat sejarah dan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini," menurut kenyataan itu.
Pandelela, 28, mempamerkan terjunan bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan dan mengatasi penerjun tuan rumah, Matsuri Arai (342.00 mata) dan Caeli McKay dari Kanada (338.55 mata) masing-masing di tempat kedua serta ketiga.
Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.
Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos.
Pada Temasya Sukan Olimpik London 2012, Pandelela meraih pingat gangsa dalam acara yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
![Agong zahir tahniah, bangga atas kejayaan Pandelela raih emas di kejohanan dunia Agong zahir tahniah, bangga atas kejayaan Pandelela raih emas di kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620274292_istananegara.jpg)
Pandelela berjaya meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita, pada Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun. - Foto Instagram Istana Negara
![Wanita kritikal terperangkap kebakaran bilik sewa meninggal dunia hari ini Wanita kritikal terperangkap kebakaran bilik sewa meninggal dunia hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720694407_kebakaran.jpg)
Wanita kritikal terperangkap kebakaran bilik sewa meninggal dunia hari ini
Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Me
![Kes buli siber: Kertas siasatan mendiang Esha dirujuk AG Kes buli siber: Kertas siasatan mendiang Esha dirujuk AG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712065120_MKulasegaran.jpg)
Kes buli siber: Kertas siasatan mendiang Esha dirujuk AG
M. Kulasegaran berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kes tersebut secara terperinci bagi membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir berkata, kerajaan telah membuktikan tawaran diberikan kepada pelabur berjaya menarik minat syarikat gergasi seperti Google dan Microsoft.
Kertas siasatan buli siber mendiang Esha dirujuk AG
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kes tersebut secara terperinci bagi membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
DBKL perlu pasang 20,000 CCTV
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini dipertanggungjawabkan untuk mencari peruntukan bagi memasang 20,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negara, serta merangka aktiviti pengawasan yang lebih berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri AHmad Zahid Hamidi.
![Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721033245_Sekyss.jpg)
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pindaan akta Mahkamah Syariah perlu sepakat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721030848_tbKingCharlesandQ.jpg)
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
![Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721030897_tbKateBritainsPr.jpg)
Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa.
![UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721032513_TBUAEGAZA.jpg)
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
![Agong zahir tahniah, bangga atas kejayaan Pandelela raih emas di kejohanan dunia Agong zahir tahniah, bangga atas kejayaan Pandelela raih emas di kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620274292_istananegara.jpg)
Agong zahir tahniah, bangga atas kejayaan Pandelela raih emas di kejohanan dunia
Pandelela berjaya meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita, pada Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun, semalam.