KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yakin benua Asia yang bakal menganjurkan beberapa kejohanan besar akan mencuri tumpuan seluruh dunia pada tahun depan.
Justeru, Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa, semangat kekitaan dalam kalangan negara anggota badan induk itu.
Ia penting menjelang tersingkapnya tabir 2022 yang bakal menyaksikan Asia menganjurkan Piala Asia Wanita AFC dan Piala Dunia Wanita Bawah 17 (B-17) FIFA - kedua-duanya di India - serta Piala Dunia FIFA di Qatar.
"Benua Asia menjadi tumpuan dunia sepanjang 2022. Semangat kekeluargaan yang menjadi kunci kebangkitan sepanjang tempoh dua tahun yang sukar, wajar dipupuk bagi memastikan 2022 sebagai tahun cemerlang buat Asia.
"Apa yang penting sekarang ialah untuk kita membina momentum pemulihan yang meningkat pada 2022 dan menggunakan peluang yang ada agar benua Asia terus menjadi tumpuan bola sepak dunia," katanya dalam satu hantaran dimuat naik menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Hamidin yang juga Presiden FAM berkata demikian ketika menghadiri Kongres AFC ke-31 yang diadakan secara maya, semalam.
Gesaan disuarakan Hamidin adalah selari dengan amanat Presiden FIFA Gianni Infantino yang turut memuji perpaduan negara ahli gabungan AFC yang disifatkannya berjaya membawa bola sepak Asia bangkit semula kesan daripada pandemik COVID-19.
"Semangat perpaduan yang Infantino sebut dalam amanatnya itu memudahkan keluarga bola sepak Asia bangkit semula daripada kesukaran ini.
"Apa yang beliau tekankan itu tepat kerana berkat kerjasama semua pihak, Asia sudah bangkit semula. Kita akan bangkit lebih kuat jika terus bermuafakat," tambahnya.
Mesyuarat secara maya yang dipengerusikan oleh Presiden AFC Shaikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa itu turut meluluskan mana-mana ahli gabungan yang gagal menyertai sekurang-kurangnya dua pertandingan AFC dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum Kongres AFC ke-31 2021 tidak akan digantung daripada mengundi pada kongres kali ini selepas mengambil kira impak cabaran COVID-19.
AFC juga bakal memperkenalkan Inisiatif Kakitangan Teknikal yang lebih tersusun, direka khusus untuk ahli gabungan dengan Strategi Tanggungjawab Sosial yang komprehensif serta Polisi Perlindungan Kanak-Kanak.
Kongres juga meluluskan laporan kewangan yang diaudit untuk 2020, dan belanjawan AFC untuk 2021 dan 2022 serta pelantikan juruaudit luar AFC untuk tempoh bermula Dis 2021 hingga Dis 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
HAMIDIN: Semangat kekeluargaan yang menjadi kunci kebangkitan sepanjang tempoh dua tahun yang sukar, wajar dipupuk bagi memastikan 2022 sebagai tahun cemerlang buat Asia. - Gambar fail FAM
Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga
Syarikat konsesi terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.
Konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1: Persembahan luar biasa sembilan legenda muzik tanah air
Menampilkan sembilan penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy, dan Amir Masdi.
Politik Kanada: Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dijangka kehilangan kuasa awal tahun depan selepas sekutu utamanya mengumumkan rancangan untuk menggulingkan kerajaan minoriti Liberal dan memicu pilihan raya.
Didakwah anak sendiri, wanita akhirnya peluk Islam pada usia 101 tahun
Dakwah yang disampaikan anak sendiri selama bertahun-tahun akhirnya membuka pintu hati seorang wanita warga emas apabila memeluk Islam pada usia 101 tahun.
Pementasan naskhah agung Sulalatus Salatin langkah berani - JKKN
Pementasan karya agung itu juga membuka peluang kepada golongan muda menghayati naskhah hebat dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
Daftar pemilih tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula semalam hingga 18 Januari 2025.
Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyeru orang ramai untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Hari Natal yang bakal disambut pada 25 Disember ini.
Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Wildlife Crime Bureau (WCB) dan Pasukan Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya melaksanakan dua operasi berasingan melibatkan rampasan senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubat-ubatan tanpa kelulusan.
Haramkan TikTok bagi 16 tahun ke bawah jika masih gagal pastikan kandungan selamat - Sivaraj
Kerajaan dicadangkan untuk mempertimbangkan pengharaman penggunaan TikTok kepada mereka yang berumur 16 tahun ke bawah sekiranya platform itu masih gagal memastikan kandungan yang selamat.
Perayaan Krismas: 2.55 juta kenderaan dijangka banjiri lebuh raya utama
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan terdapat peningkatan trafik di lebuh raya utama seawal Jumaat (20 Disember terutamanya bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden FAM.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.