KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) komited menyokong ahli gabungannya bangkit membangunkan semula industri bola sepak seluruh benua khususnya bagi meringankan beban untuk menghidupkan peringkat belia dan pembangunan akar umbi susulan impak COVID-19.
Komitmen berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC kelapan bagi penggal 2019-2023 di Manama, Bahrain, semalam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, semua aktiviti bola sepak berdepan cabaran kelangsungan industri disebabkan impak COVID-19 yang kini menuju ke fasa pemulihan dan seterusnya endemik.
"Sepanjang dua tahun ini industri bola sepak terjejas apabila pelbagai pertandingan berdepan penangguhan dan pembatalan, malah sesetengah negara hanya membenarkan separuh kapasiti stadium disebabkan kita mahu mengekang rantaian pandemik COVID-19.
"Apa yang pasti, pandemik ini jelas memberikan kesan kepada semua pihak dan bola sepak tidak terkecuali. Apapun AFC sentiasa memberi komitmen terbaik dalam memastikan kelangsungan bola sepak wanita, bola sepak pantai, futsal dan belia di setiap negara ahli gabungannya," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook FAM hari ini.
Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC berkata mesyuarat berkenaan turut memberi tumpuan untuk memperkasa struktur pembangunan belia kategori bawah 20 dan 17 tahun selain membincangkan aspek pembangunan teknikal, pengadilan sudut komersial dan perkembangan terkini mengenai Piala Asia 2023 di China.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor John.
Sementara itu, Hamidin berkata AFC berpuas hati dengan persiapan Qatar dalam penganjuran Piala Dunia 2022 yang disifatkan sebagai sempurna, menjelang edisi kedua kejohanan berprestij itu di benua Asia selepas Korea Selatan dan Jepun pada 2002.
"Qatar sudah sedia dari semua sudut, khususnya venue perlawanan yang siap sepenuhnya. Persiapan Qatar layak dipuji kerana segala-galanya sudah siap setahun awal," katanya.
Piala Dunia 2022 di Qatar akan membuka tirai pada 21 November hingga 18 Disember tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
HAMIDIN: Semua aktiviti bola sepak berdepan cabaran kelangsungan industri disebabkan impak COVID-19 yang kini menuju ke fasa pemulihan dan seterusnya endemik. - Facebook / Football Association of Malaysia
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden FAM.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Wan Kuzain sarung jersi Harimau Malaya
Hamidin berkata, sepatutnya Wan Kuzain menyertai pasukan pada Pestabola Merdeka kali ini, namun tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.